Utusan Borneo (Sarawak)

KM rasmi mural guna teknologi AR ‘The Early Merces’, esok

-

Mural menggunaka­n teknologi Augmented Reality ( AR) ‘ The Early Merces’ akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 Februari ini (esok).

Demikian kata Ahli Majlis Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng sambil menambah ia merupakan antara mural yang terdapat di kawasan DBKU.

“Kita mempunyai lebih daripada 15 mural dan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri merupakan lakaran Leonard Siaw Quan Cheng, anak watan Sarawak berumur 32 tahun.

“Beliau merupakan johan ‘Make Your Mark in Melbourne Street Art Competitio­n 2017,” katanya pada sidang media Festival Chap Goh Meh 2019 di sini semalam.

Lukisan beliau berukuran sekitar 30 kaki tinggi dan 50 kaki lebar itu menggambar­kan peniaga Cina dan India yang pertama membuka perniagaan di Lebuh India di sini.

Pada masa yang sama, pihak DBKU akan meletakkan lebih banyak mural yang menceritak­an sejarah Sarawak secara berperingk­at menggunaka­n bakat anak tempatan.

Antara lukisan mural lain yang boleh didapati di sekitar bandar raya Kuching adalah ‘Symphony of The Tin Smith di China Street.

 ??  ?? TARIKAN: AR Mural ‘The Early Merces’ hasil kerja tangan Leonard yang bakal dirasmikan Abang Johar pada 20 Februari ini sempena sambutan Festival Chap Goh Meh 2019 di Lebuh India.
TARIKAN: AR Mural ‘The Early Merces’ hasil kerja tangan Leonard yang bakal dirasmikan Abang Johar pada 20 Februari ini sempena sambutan Festival Chap Goh Meh 2019 di Lebuh India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia