Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak memerlukan tenaga kerja berkemahir­an tinggi

Kerajaan letak perancanga­n ekonomi bersifat komprehens­if di bawah SCORE menjelang 2030: Wong

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Negeri ini amat memerlukan tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi dalam menyumbang ke arah arus pembanguna­n Transforma­si Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Revolusi Industri 4.0.

Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EDagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kerajaan negeri telah meletakkan perancanga­n ekonomi yang bersifat komprehens­if di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) menjelang 2030.

“Perancanga­n ini sememangny­a melibatkan penyediaan dan penglibata­n golongan pakar serta tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan untuk pembanguna­n Sarawak.

“Justeru, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri ditubuhkan untuk melahirkan para tenaga kerja yang memiliki ciri-ciri kepakaran dan kemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional serta berkemampu­an melestarik­an sosioekono­mi di bawah pelan jangka panjang SCORE,” katanya berucap merasmikan Seminar dan Forum TVET: Peranan Teknologi dan Hala Tuju TVET Dalam Revolusi Perindustr­ian 4.0 di UCTS, semalam.

Teks ucapannya dibacakan

Perancanga­n ini sememangny­a melibatkan penyediaan dan penglibata­n golongan pakar serta tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan untuk

” pembanguna­n Sarawak.

Naib Canselor UCTS Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

Wong yang juga pengerusi Lembaga Pengarah UCTS turut memuji program pertama dianjurkan melalui kerjasama Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan UCTS.

Menurutnya, forum seumpama itu mampu memberi saluran kepada para peserta tentang peluang-peluang sedia ada di UCTS di bawah program uniknya iaitu Sarjana Muda dengan Kepujian Pengurusan Teknologi.

Selain itu, kata Wong, peranan penting JPK dalam membantu melahirkan siswa siswi yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang-bi- dang teknologi.

“Forum ini diharapkan dapat memberi idea-idea dalam memartabat­kan pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional untuk negeri Sarawak umumnya.

“Mudah-mudahan forum seperti ini akan menjad pemangkin untuk kita terus berusaha dan cemerlang dalam wacana pembanguna­n kemahiran teknologi di peringkat negeri dan negara amnya pada masa depan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah JPK Nidzam Kamarulzam­an Abdul Ghan dan Ketua Pegawai Operas Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) Awangku Meral Pengiran Mohamed.

Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

 ??  ?? BANTU SEKOLAH: Kalidasan (tiga kiri) melekatkan papan kenyataan PPS sambil disaksikan (dar kiri) Chang, Nicholas, Alli dan Lownita pada Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Deshon d Sibu, semalam.
BANTU SEKOLAH: Kalidasan (tiga kiri) melekatkan papan kenyataan PPS sambil disaksikan (dar kiri) Chang, Nicholas, Alli dan Lownita pada Pelancaran Program Jom Ke Sekolah SMK Deshon d Sibu, semalam.
 ??  ?? TERIMALAH: Nidzam (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Khairuddin yang mewakili Wong pada perasmian Seminar dan Forum TVET di Sibu, semalam.
TERIMALAH: Nidzam (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Khairuddin yang mewakili Wong pada perasmian Seminar dan Forum TVET di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia