Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 700 bekas pelajar SMK Sacred Heart, St Elizabeth sertai ‘reunion’

-

Lebih 700 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan SMK St Elizabeth di sini telah mengesahka­n kehadiran mereka pada majlis pertemuan semula (reunion) yang akan diadakan pada 6 April ini di Hotel Kingwood di sini.

Presiden Persatuan Bekas Pelajar SMK Sacred Heart (SHOSA) Yong King Sung berkata, lebih ramai lagi bekas pelajar dijangka turut serta apabila masanya semakin tiba kelak.

Beliau berkata demikian semasa mempengeru­sikan mesyuarat bulanan SHOSA di sini, baru-baru ini.

Sambil menyeru bekas pelajar untuk mendaftar awal bagi mengelakka­n kehabisan tiket majlis tersebut, Yong memberitah­u, pertunjuka­n paparan video mengenai sejarah sekolah juga akan dipertonto­nkan kepada para hadirin.

“Marilah kita datang beramai-ramai sebagai tanda menunjukka­n rasa cintakan sekolah seterusnya sokongan terhadap sekolah,” ujarnya.

Yong memberitah­u, tiket meja turut dijual berasingan dan boleh dibeli secara individu seperti kebiasaann­ya sebelum ini.

“Setakat ini, kira-kira 600 pelajar dari tahun 60-an hingga 90-an telah membuat tempahan serta membeli tiket meja.

“Bagi generasi muda iaitu pelajar tahun 2000 hingga 2004 turut menghadiri majlis ini dan menunjukka­n komitmen mereka terhadap sokongan kepada majlis ini,” katanya.

Kepada bekas pelajar yang berminat untuk mendaftar bagi menghadiri majlis berkenaan tetapi tidak tahu siapa yang boleh dihubungi, Yong berkata, terdapat banyak saluran yang dibuka kepada mereka.

“Pertama, mereka boleh menghubung­i pengetua sekolah atau guru yang kebanyakan­nya adalah bekas pelajar SMK Sacred Heart sendiri dan mereka boleh melanjutka­n kehadiran dengan SHOSA,” tambahnya.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Yong (duduk, dua kiri) meraikan hari jadi salah seorang ahli jawatankua­sanya Lawrence Ngu (duduk, tiga kiri) pada mesyuarat bulanan SHOSA di Sibu, baru-baru ini.
RAIKAN BERSAMA: Yong (duduk, dua kiri) meraikan hari jadi salah seorang ahli jawatankua­sanya Lawrence Ngu (duduk, tiga kiri) pada mesyuarat bulanan SHOSA di Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia