Utusan Borneo (Sarawak)

Keusahawan­an kerjaya pilihan golongan muda sekarang

Terdapat golongan usahawan muda di Miri sudah mula menempa nama melalui produk jualan mereka: Lukanisman

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Keusahawan­an semakin menjadi pilihan kepada golongan muda di bandar raya Miri sebagai pilihan mencari punca pendapatan atau menambah pendapatan sedia ada.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, terdapat golongan usahawan muda di Miri sudah mula menempa nama melalui produk jualan mereka.

“Dengan adanya media sosial, golongan muda dapat mempromosi­kan produk masing-masing untuk meningkatk­an jualan.

“Namun demikian saya melihat cabaran besar kepada usahawan muda yang berniaga di Miri adalah keperluan tarikan pengungjun­g tempatan dan pelancong bagi membeli produk atau perkhidmat­an yang disediakan,” jelasnya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Lukanisman menambah, modal bagi membesarka­n perniagaan juga boleh dipertimba­ngkan oleh pihak kerajaan seperti penyediaan geran atau bantuan promosi.

Menurutnya, perkara paling penting kepada peniaga muda adalah ilmu serta mendapatka­n latihan bagi meningkatk­an kemahiran mengurus perniagaan dan kawalan modal berniaga serta melakukan pelan perniagaan yang baik.

“Dengan adanya perkembang­an ekonomi digital, saya berharap proses seperti pem- bayaran digital boleh ditingkatk­an serta dari segi penguranga­n cukai perniagaan bagi golongan muda untuk suatu tempoh yang sesuai bagi membolehka­n mereka mempunyai modal untuk berkembang,” ujarnya.

Usaha kerajaan menjadikan Miri sebagai hab pelanconga­n boleh dijadikan sebagai platform kepada usahawan muda untuk mencari modul perniagaan yang sesuai serta penggunaan aplikasi media sosial untuk promosi.

Usahawan Roydy Ismail, 30, memberitah­u, semangat juang dan ilmu perlu ada dalam diri seorang perniaga untuk memastikan perniagaan­nya terus bertahan dan berdaya saing.

“Tidak perlu modal yang besar. Tetapi hanya dengan ilmu yang cukup, jiwa yang kental dan berani menyahut cabaran, “jelasnya yang turut meminta agar lebih ramai lagi golongan muda terlibat dalam bidang keusahawan­an.

Ketua Pegawai Eksekutif RBI Marketing Sdn Bhd itu berkata, mereka disaran menerokai peluang baharu perniagaan dalam talian dengan populariti penggunaan media sosial sekarang.

Sebagai pengasas Tusan Ice Cream Malaysia, Roydy berkata, antara cabaran yang perlu dihadapi peniaga makanan dan minuman ialah kos bahan mentah dan sewa yang mahal.

“Contohnya harga buah kelapa pandan semakin naik disebabkan permintaan­nya terlalu tinggi.

“Harga sewa kedai agak mahal di pusat bandar dan perlu menjelaska­n deposit tiga bulan,” ujarnya.

“Kita perlu mencari lokas yang sesuai untuk membuka kedai.

“Lokasi strategik adalah yang ramai pengunjung,” jelasnya.

Selain itu, tenaga pekerja persaingan produk dan cuaca turut mempengaru­hi jualan dan keuntungan, tambahnya.

Dengan adanya media sosial, golongan muda dapat mempromosi­kan produk masing-masing untuk meningkatk­an

” jualan.

Lukanisman Awang Sauni

Ahli Parlimen Sibuti

 ??  ?? USAHA NIAGA: Lukanisman (tiga kiri) bersama Roydy (tiga kanan) dan kakitangan Tusan Ice Cream selepas lawatan petang kelmarin.
USAHA NIAGA: Lukanisman (tiga kiri) bersama Roydy (tiga kanan) dan kakitangan Tusan Ice Cream selepas lawatan petang kelmarin.
 ??  ?? TAKLIMAT: Peserta mendengar taklimat mengenai Belanjawan 2019 di Sibu semalam.
TAKLIMAT: Peserta mendengar taklimat mengenai Belanjawan 2019 di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia