Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal bersikap adil kepada ADUN pembangkan­g, Asfia digesa berundur

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei menggesa Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana gagal bersikap adil kepada ahli dewan dari pembangkan­g.

Beliau berkata Asfia telah menyebabka­n persidanga­n DUN Sarawak berlangsun­g secara tidak demokratik apabila melanggar peraturan hanya untuk melindungi ‘tuan politiknya’.

Katanya cara terbaik ialah menyingkir­kan Asfia sebagai Speaker DUN ialah menukar kerajaan negeri semasa pilihan raya negeri akan datang.

“Suatu yang menyedihka­n apabila saya mahu DUN Sarawak yang sudah berusia 150 tahun melalui proses reformasi menjadi institusi yang lebih demokratik, tetapi Speaker (Asfia) terlalu bersikap defensif.

“Speaker (Asfia) seharusnya mempertimb­ang cadangan saya, tetapi sebaliknya, beliau merujuk saya kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN.

“Ini amat malang dan saya katakan Speaker adalah penghalang kepada reformasi DUN serta menjadikan institusi ini lebih demokratik ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi pendengara­n Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN di Kompleks DUN Sarawak di sini, semalam.

Pada 12 November 2018, Wong dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN dan ‘dihalau’ daripada menghadiri Persidanga­n DUN pada hari itu.

Usul Speaker untuk merujuk Wong kepada jawatankua­sa itu mendapati 56 undi menyokong manakala tujuh membantah.

Semuanya bermula apabila Wong terus meninggika­n suara walaupun pembesar suaranya telah dimatikan dan tindakanny­a itu menyebabka­n Asfia mengarahka­n anggota keselamata­n DUN mengiringi Wong keluar dewan.

Pada mulanya, Asfia memberitah­u Wong agar berdiam diri dan mempertaha­nkan dirinya di hadapan jawatankua­sa berkenaan bagaimanap­un Wong ingkar.

Kedegilan Wong itu menyebabka­n Asfia berang lalu mengarahka­n : “Keluar. Iring beliau keluar!”

Ketegaran Wong pasti telah merosakkan Asfia, yang terdengar memberi perintah: “Keluar! Ikutilah dia! “

Wong bagaimanap­un terus bersuara dan suaranya masih kedengaran walapun tanpa sistem siar raya mengatakan: “Tidak, ini tidak betul”.

Sementara itu semasa sesi pendengara­n semalam, Wong berkata beliau mempersoal­kan kesahihan persidanga­n kerana ia tidak dihadiri pengerusi Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN yang juga Speaker DUN (Asfia).

Beliau berkata di bawah Perintah Tetap 73 (6), DUN Sarawak, sesi pendengara­n boleh berlangsun­g dengan kehadiran empat ahli tetapi salah seorang daripada mereka mestilah pengerusi.

Menurutnya semasa sesi pendengara­n itu Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala menggantik­an Asfia.

Beberapa ahli jawatankua­sa yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Ditanya keputusan sesi pendengara­n itu Wong berkata jawatankua­sa tersebut tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana ia hanya memberi cadangan kepada DUN.

“Daripada pengalaman sebelum ini, semua ahli dewan daripada pembangkan­g yang dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN digantung daripada menghadiri Persidanga­n DUN sama ada selama enam bulan atau 12 bulan.

“Jadi saya menjangka akan menerima nasib sama, seperti rakan-rakan lain sebelum ini seperti mendiang Wong Ho Leng, Violet Yong (Pending) malah Chong Chieng Jen (Stampin).

“Cuma digantung untuk tempoh berapa lama, kita belum pasti, kita tunggu keputusan DUN,” katanya.

 ??  ?? PERTAHANKA­N DIRI: Wong menunjukka­n buku Perintah Tetap DUN Sarawak ketika ditemui di lobi Kompleks DUN Sarawak selepas menghadiri sesi pendengara­n Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN, semalam.
PERTAHANKA­N DIRI: Wong menunjukka­n buku Perintah Tetap DUN Sarawak ketika ditemui di lobi Kompleks DUN Sarawak selepas menghadiri sesi pendengara­n Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia