Utusan Borneo (Sarawak)

80 kakitangan menghadiri Taklimat Belanjawan 2019

-

Kira-kira 80 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan persekutua­n pelbagai agensi menghadiri Taklimat Belanjawan 2019 semalam.

Program berlangsun­g di Auditorium RTM Sibu itu adalah anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak.

Berucap pada perasmiann­ya, Pegawai Penerangan Bahagian Sibu Ivy Stephen Sekai berkata, taklimat itu merupakan siri kedua selepas diadakan di Serian pada 29 Januari lalu.

Jelasnya, Jabatan Penerangan berperanan menyebarka­n maklumat kepada orang ramai melalui taklimat sedemikian.

“Ini bagi memastikan masyarakat termasuk pegawai-pegawai kerajaan maklum dan memahami inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangk­an pada tahun lepas demi kesejahter­aan bersama,” katanya yang mewakili Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim.

Justeru, beliau berharap peserta lebih memahami tentang peruntukan dan belanjawan yang diumumkan kerajaan untuk manfaat rakyat.

Penceramah program tersebut dikendalik­an Pegawa Penerangan Daerah Serian George Humprey Dolek dan Pegawai Penerangan Daerah Samarahan Magdelina Alfred Jaho.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo dan Pengurus Stesen Jabatan Penyiaran Malaysia Sibu Mohd Zamani Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia