Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS meterai MoA dengan MyRAS dan MARii

-

Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) dengan Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) serta Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk menjalin kerjasama dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan kecekapan tenaga serta merapatkan jurang pembanguna­n modal insan di semua peringkat antara Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak.

MoA tersebut ditandatan­gani Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid manakala MARii diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohamad Madani Sahari.

Khairuddin berkata, kerjasama antara MARii dan UCTS adalah satu lagi inisiatif untuk menggalakk­an hubungan dengan agensi luar.

Katanya MARii adalah rakan kongsi yang sangat penting kerana mengaitkan akademik dengan industri.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak MARii kerana memberi kepercayaa­n dan keyakinan terhadap UCTS untuk menjalanka­n penyelidik­an mengenai ‘Malaysian Driving Cycle’.

“UCTS akan menjadi pusat penyelidik­an di Sarawak.

“Ini merupakan satu lagi pencapaian yang hebat un- tuk UCTS sebagai sebuah universiti TVET dan berada di barisan hadapan dalam penyelidik­an penting yang akan menyumbang kepada kemajuan inovatif industri automotif dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia,” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan media MARii, MoA berkenaan akan mengukuhka­n komitmen kedua-dua belah pihak untuk bekerjasam­a dalam bidang-bidang seperti menjalanka­n R&D di kawasan yang memberi tumpuan kepada aplikasi automotif dan mobiliti keseluruha­n untuk Sarawak.

Di samping itu, ia akan menambah dan meningkatk­an bakat automotif dan kepakaran di Sarawak menerus pertukaran penyelidik­an pascasiswa­zah dalam bidangbida­ng yang berkaitan dengan industri automotif.

Malah, MoA ini juga akan meningkatk­an jisim kritikan siswazah dan pascasiswa­zah di Sarawak, dilengkapi dengan pengetahua­n dan kemahiran sedia ada automotif melalui program yang dijalankan MARii.

 ??  ?? TERMETERAI: Madani (kiri) dan Khairuddin bertukar MoA selepas selesai menandatan­gani perjanjian itu.
TERMETERAI: Madani (kiri) dan Khairuddin bertukar MoA selepas selesai menandatan­gani perjanjian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia