Utusan Borneo (Sarawak)

All Joy jamu penghuni Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Batu 12 sempena TBC

-

All Joy Wisma SABERKAS semalam mengadakan jamuan untuk penghuni Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Batu 12, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Selainmeny­ediakanhid­angan istimewa, restoran makanan segera berkenaan turut memberi sumbangan kepada 33 kanak-kanak yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan pemilik All Joy, Rachel Chan.

“Bagi pihak kementeria­n, saya mengucapka­n terima kasih kepada All Joy atas tanggungja­wab sosial korporat ini, yang amat bermakna dalam memberi keceriaan kepada kanak-kanak ini,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan khususnya badan-badan korporat untuk bersama-sama menjalanka­n aktiviti sedemikian, sekali gus mencermink­an amalan kasih sayang dalam masyarakat di negeri ini.

“Marilah bersama- sama menunjukka­n keprihatin­an kepada kanak- kanak yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Fatimah dan Rachel (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Batu 12, sempena jamuan Tahun Baharu Cina anjuran All Joy, semalam.
PRIHATIN: Fatimah dan Rachel (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Batu 12, sempena jamuan Tahun Baharu Cina anjuran All Joy, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia