Utusan Borneo (Sarawak)

SMKAM tidak ketinggala­n jalankan program bersama PDRM

-

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri (SMKAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menganjurk­an Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Miri 2019 dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar.

Objektif utama program itu ialah mewujudkan hubungan mesra dan penglibata­n komuniti dengan sekolah, mencegah salah laku disiplin pelajar di sekolah dan memperluas penggunaan papan kenyataan PDRM di sekolah- sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

M a j l i s p e l a n c a r a n disempurna­kan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol dan dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Alias Ngah dan Pengetua Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob.

Program ini melibatkan pelbagai pihak seperti polis, kerajaan tempatan, jabatan dan agensi dalam kawasan sekolah di semua sekolah KPM dan dilaksanak­an di semua sekolah secara serentak di seluruh negara.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, KPM memberi penekanan khusus kepada hala tuju mengembali­kan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta, kegembiraa­n dan saling menghormat­i.

Sempena pelancaran Program Jom ke Sekolah itu, KPM telah mengambil inisiatif menyediaka­n papan kenyataan di sekolah.

Inisiatif itu bertujuan memberi maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan serta info- info semasa berkaitan undang-undang dan kejadian jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja.

Usaha murni ini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah untuk sama- sama mewujudkan persekitar­an sifar jenayah di sekolah masing-masing.

T i d a k k e t i n g g a l a n , penglibata­n Kor Kadet Polis sebagai ‘mata-mata cilik’ yang terlatih dengan disiplin tinggi melalui latihan kawat, bekerja dalam pasukan, perkhemaha­n, kerja khidmat masyarakat dan sebagainya.

Semangat kepolisan dan patuh kepada undang-undang yang diterapkan dalam dir para ahli Kor Kadet Polis melayakkan mereka menjad contoh kepada rakan sebaya yang lain.

Bonus kepada warga guru juga, Kor Kadet Polis diyakin mampu menjadi ‘lensa’ kepada warga sekolah dalam mengena pasti kegiatan yang melanggar etika dan disiplin sekolah.

Semogamere­kamenjadii­nsan berjati diri, berilmu, berakhlak mulia serta selayaknya bergelar ejen perubahan.

 ??  ?? TERBAIK: Warga SMK Agama Miri bersama Mohd Sabri (tengah), Alias dan Ustaz Ahmad sempena Pelancaran Jom Ke Sekolah semalam.
TERBAIK: Warga SMK Agama Miri bersama Mohd Sabri (tengah), Alias dan Ustaz Ahmad sempena Pelancaran Jom Ke Sekolah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia