Utusan Borneo (Sarawak)

JKM mohon bantuan kenal pasti waris lelaki ditemui dalam belukar

-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri memohon bantuan orang awam bagi mengenal pasti keluarga atau waris seorang lelaki yang ditemui dalam belukar di sebuah tapak pembinaan.

Menurut kenyataan JKM Miri semalam, lelaki terbabit ditemui orang awam dalam belukar belakang tapak pembinaan sebuah hospital swasta di sini Khamis lalu.

Hospital Miri seterusnya menghubung­i JKM Miri bagi mengesan keluarga atau waris lelaki yang hanya mendiamkan diri dan tidak bercakap ketika disoal siasat.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) Miri namun tiada maklumat diri atau waris keluarga.

Dia juga dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia kerana status kewarganeg­araan tidak dapat disahkan dan paling sukar penama tidak mahu bercakap.

Sehubungan itu, JKM Miri memohon kerjasama orang ramai mencari waris lelaki itu atau sesiapa yang mengenalin­ya dikehendak­i menghubung­i JKM Miri di talian 085-419072.

 ??  ?? TIADA IDENTITI: JKM Miri mohon orang ramai mengesan keluarga atau waris lelaki ( gambar) yang identitiny­a masih belum diketahui.
TIADA IDENTITI: JKM Miri mohon orang ramai mengesan keluarga atau waris lelaki ( gambar) yang identitiny­a masih belum diketahui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia