Utusan Borneo (Sarawak)

Kemahiran bahasa Mandarin bukan prasarat diterima bekerja

Fasih Mandarin sebagai prasyarat tidak relevan di Malaysia, jika berlaku perlu dihapus kerana menjurus kepada diskrimina­si kaum

-

KUANTAN: Kemahiran berbahasa Mandarin bukan prasyarat bagi siswazah untuk mendapatka­n pekerjaan di syarikatsy­arikat utama termasuk dalam bidang automatif di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

“Setahu saya tiada prasyarat kepada siswazah perlu fasih bahasaMand­arinuntukb­ekerja dalam industri automotif, apatah lagi jika syarikat itu berada di Malaysia.

“Jika graduan kita mahu bekerja di China, itu lainlah, mungkin mereka memerlukan bahasa ketiga ini. Hal ini (prasyarat bahasa Mandarin) adalah salah dan sila laporkan kepada saya agar saya boleh bertemu dengan ahli lembaga syarikat itu bagi menjelaska­n perkara tersebut,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta pada sesi dialog majlis Siri Town Hall Menteri Belia dan Sukan yang dihadiri kira-kira 1,000 pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi sekitar Pahang di

Setahu saya tiada prasyarat kepada siswazah perlu fasih bahasa Mandarin untuk bekerja dalam industri automotif, apatah lagi jika syarikat itu berada di Malaysia.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan

Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.

Menteri itu berkata fasih dalam bahasa berkenaan sebagai prasyarat untuk diambil bekerja dilihat tidak relevan di Malaysia yang memiliki masyarakat majmuk dan jika berlaku, ia perlu dihapuskan kerana boleh menjurus kepada diskrimina­si kaum.

Hadir pada majlis itu ialah NaibCansel­orUMPProfD­atuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pengarah ( Pembanguna­n Kemahiran) Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof.

Dr Daing Nasir Ibrahim dalam ucapannya pula berkata penganjura­n majlis Town Hall Menteri Belia dan Sukan itu amat bermakna kerana aspirasi anak muda dapat dikongsi bersama menteri.

“Pendekatan dimainkan semua pihak dalam membantu pembentuka­n golongan belia berketramp­ilan amat penting bagi melahirkan pewaris negara yang berwibawa,” katanya.

Beliau berkata UMP sebagai hos sentiasa menyokong usaha dirintis oleh Kementeria­n Belia dan Sukan dalam agenda memperkasa­kan belia atau #YouthPower dengan ilmu kepimpinan dan kemahiran selari dengan kepentinga­n peranan belia memajukan negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOAL JAWAB: Syed Saddiq menjawab pertanyaan beberapa hadirin pada Program Townhall Menteri Belia dan Sukan Bersama Mahasiswa Penggerak Belia dan Persatuan Sukan di Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang (UMP), semalam.
— Gambar Bernama SOAL JAWAB: Syed Saddiq menjawab pertanyaan beberapa hadirin pada Program Townhall Menteri Belia dan Sukan Bersama Mahasiswa Penggerak Belia dan Persatuan Sukan di Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang (UMP), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia