Utusan Borneo (Sarawak)

WHO hantar pasukan teknikalny­a ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar

-

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menghantar pasukan teknikalny­a ke Hospital Medan Malaysia ( MFH), sekaligus menjadikan MFH sebagai hospital rujukan di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh.

Hospital medan itu mula beroperasi sejak Disember 2017 bagi membantu meringanka­n beban kebanjiran pelarian Rohingya yang berada di Bangladesh.

Selain itu, sejak 12 Februari lau, MFH turut menganggot­ai Kumpulan Penasihat Strategik ( SAG) yang juga dianggotai WHO, Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi (IOM) dan UNHCR.

Fasa pertama operasi MFH dikendalik­an Kementeria­n Kesihatan sebelum diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Mac 2018 melalui Ops Starlight 1.

MFH kemudian diteruskan melalui Ops Starlight 2, diketuai Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen bermula Ogos 2018.

Dr Mohd Arshil berkata MFH juga mempengeru­sikan kumpulan kerja di Cox’s Bazar yang terdiri 18 hospital medan sejak Disember lalu.

Beliau berkata, sejak beroperasi MFH telah merawat lebih 56,000 pesakit terdiri pelarian Rohingya dan penduduk tempatan.

Ujarnya, secara purata MFH menerima 5,000 pesakit sebulan sejak Ops Starlight 2 mengambil alih operasi hospital medan itu, malah pernah mencecah 8,031 kes pada Oktober tahun lalu.

“Kenaikan mendadak itu antara lain didorong faktor peningkata­n tahap perkhidmat­an dengan adanya “bank darah”. Kita juga mengendali­kan kes yang lebih rumit termasuk pembedahan implan, kanser, bersalin pembedahan limpa dan pergigian yang dibuka 24 jam pada Isnin dan Jumaat,” katanya kepada Bernama d sini semalam.

MFH adalah inisiatif d bawah Pejabat Perdana Menteri sejak hujung 2017 dalam usaha Malaysia membantu meringanka­n beban kemanusiaa­n.

Lebih 700,000 rakyat Rohingya menjadi pelarian selepas terpaksa meninggalk­an rumah masing-masing akibat operasi tentera Myanmar d utara Rakhine sejak 25 Ogos 2017.

Ops Starlight 2 yang dianggotai 56 anggota dan pegawai ATM, termasuk tujuh pakar serta pegawai perubatan itu akan berakhir pada 28 Februari dan bakal diteruskan menerusi Ops Starlight 3 — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Tim Ops Starlight 2 Hospital Medan Malaysia (MFH) yang diketuai Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen bergambar di depan MFH di Ukhia, Coxs Bazar, Bangladesh, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Tim Ops Starlight 2 Hospital Medan Malaysia (MFH) yang diketuai Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen bergambar di depan MFH di Ukhia, Coxs Bazar, Bangladesh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia