Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan fokus kurangkan NRW kepada 31 peratus pada akhir RMK11

-

Kerajaan memberi fokus untuk menguranga­n kadar air tidak terhasil (NRW) kepada 31 peratus pada akhir Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Katanya, secara peribadi beliau tidak berpuas hati dengan kadar NRW yang mencatat purata kehilangan air terawat 5,929 juta liter sehari (JLH), lebih mencukupi untuk menampung permintaan air di Selangor sebanyak 3,316 JLH atau Johor (1,320 JLH).

“Salah satu punca utamanya ialah daripada paip lama terutamany­a paip jenis ‘asbestos cement (AC)’ mudah pecah dan bocor yang masih banyak terdapat dalam sistem agihan sebanyak 27 peratus atau 41,560 kilometer (km) berdasarka­n statistik 2017.

“Sehubungan itu, antara inisiatif diambil ialah melaksanak­an Program P e n g u r a n g a n N R W Kebangsaan 2018/ 2020 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.39 bilion sehingga 2020, yang mana antara skop utamanya ialah menukar dan mengganti paip secara besar-besaran,” katanya.

Dr Xavier berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kilang Pembuatan Paip jenis PVCO (Orientated Unplastici­zed Polyvinyl Chloride) oleh Syarikat Molecor (SEA) Sdn Bhd di Gebeng di sini semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Zurinah Pawanteh.

Beliau memaklumka­n Kedah mencatat penggunaan paip AC tertinggi sebanyak 53 peratus diikuti Perlis dan Kelantan, masing-masing 49 peratus, dan negeri tersebut juga merekodkan kadar NRW tertinggi melibatkan Kedah (48 peratus), Perlis (63 peratus) dan Kelantan (49 peratus).

Sementara kadar NRW di Pahang pula masih tinggi sebanyak 48 peratus walaupun penggunaan paip AC hanya 26 peratus.

Sehubungan itu, Dr Xavier berharap operator air di negerinege­ri dapat menilai keperluan untuk menukar paip AC kepada paip lebih baik, seperti paip PVC-O yang dimaklumka­n dapat mengurangk­an risiko kebocoran akibat karat yang sering berlaku pada paip AC.

“Jangka hayat paip ini juga selama 50 tahun berbanding 30 tahun pada paip biasa. Saya juga dimaklumka­n paip PVCO sesuai dengan sistem bekalan air sedia ada disebabkan prestasi hidraulik yang lebih baik, menggunaka­n material ringan dan mudah dipasang,” katanya.

Dr Xavier menambah setakat ini, paip PVC- O dipasang di 10 negeri seperti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor melibatkan jumlah 450km.

Sementara itu, mengulas mengenai kadar tarif air, Dr Xavier berkata Pahang menunjukka­n perkembang­an positif dalam perbincang­an untuk menaikkan tarif air manakala rundingan masih berjalan dengan negeri-negeri lain dan berharap keputusan dapat dicapai dalam masa terdekat.

“Isu ini bukan kerana kita hendak menaikkan tarif air semata- mata tetapi dalam masa sama kita mahu syarikat air bekerja dengan lebih lancar dan mempunyai sistem yang boleh membawa perubahan besar dalam industri air.

“Ini bukan mengenai soal keuntungan, tetapi bermakna tiada perbelanja­an berlebihan kerana industri ini mempunyai tanggungja­wab kepada orang ramai. Air adalah isu hak asasi manusia tetapi masih terdapat kawasan penduduk tidak mendapat bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Molecor ( SEA) Sdn Bhd Datuk Ir Low Keng Kok berkata kilang yang mula beroperasi pada 2016 dengan kos pelaburan bernilai RM120 juta itu, mengeluark­an 11,000 metrik tan paip Hypro PVC O bersamaan 3,000 kilometer panjang setahun.

Beliau berkata paip PVCO itu dihasilkan menerusi kerjasama dan pemindahan teknologi dengan Syarikat Molecor Technologi­a SL dari Sepanyol. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LIHAT SENDIRI: Dr Xavier (empat kanan) mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Molecor (Sea) Sdn Bhd, Farid Mohamed Nor ketika melihat sendiri pembuatan paip ketika merasmikan kilang pembuatan paip jenis PVC-O.
— Gambar Bernama LIHAT SENDIRI: Dr Xavier (empat kanan) mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Molecor (Sea) Sdn Bhd, Farid Mohamed Nor ketika melihat sendiri pembuatan paip ketika merasmikan kilang pembuatan paip jenis PVC-O.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia