Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada rakyat Malaysia terlibat kebakaran di Mekah

-

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di sebuah hotel di Mekah, Arab Saudi, semalam, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Setakat maklumat yang ada pada kami (Kementeria­n Luar), tiada rakyat Malaysia terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rakaman video berdurasi 31 saat yang memaparkan satu aras di hotel itu terbakar tersebar di laman sosial semalam.

Media antarabang­sa melaporkan kebakaran yang berlaku di hotel kira- kira 11.40 pagi itu dapat dikawal pasukan bomba sebelum merebak ke seluruh bangunan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia