Utusan Borneo (Sarawak)

Elemen teknologi bakal warnai sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019

-

Penggunaan QR Code dan aplikasi ‘Boost’ bakal menjadi elemen terbaharu pada sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) yang dijadualka­n berlangsun­g dari 28 Feb hingga 11 Mac depan.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail berkata? penggunaan teknologi itu adalah antara usaha untuk memperkasa penggiat industri kraf di negara ini dan menarik golongan muda mendekati produk kraf tempatan yang bermutu tinggi.

“Kita perkenalka­n sistem QR Code ini khusus bagi penggemar songket yang mementingk­an kualiti dan keaslian produk itu. Mereka boleh mengimbas kod pada songket-songket yang dijual sepanjang HKK 2019. Melalui imbasan tersebut, pembeli songket akan mendapat semua maklumat mengenai songket berkenaan termasuk asal, jenis dan pembuatnya.

“Bagi penggunaan aplikasi ‘Boost’ pula, ia seumpama sistem e- Wallet ? iaitu memudahkan transaksi dilakukan tanpa penggunaan wang tunai dan ini mampu menjamin keselamata­n pembeli dan penjual ketika berdepan dengan kunjungan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar ?? dan Countdown HKK 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini semalam.

Ibrahim berkata antara kelainan HKK 2019 ialah ‘ Digital Park’ yang baka memberi pendedahan kepada pengunjung merasa pengalaman digital menerus aktiviti seperti Virtua Assistant, Augmented Reality ( AR), Digital Craft Book Virtual Shop dan Interactiv­e Wall.

Beliau berkata penambahan elemen teknologi itu dijangka mampu merealisas­ikan sasaran jualan HKK 2019 iaitu RM18.5 juta termasuk jangkaan kehadiran pengunjung melebihi 45,000 orang d Kompleks Kraftangan.

HKK 2019 akan dirasmikan pada 28 Feb oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia