Utusan Borneo (Sarawak)

Petisyen pilihan raya Parlimen Jasin dibicaraka­n

Calon Pakatan Harapan mohon perintah deklarasi keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Jasin batal

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam mengembali­kan petisyen pilihan raya Parlimen Jasin yang difailkan oleh calon Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke Mahkamah Pilihan Raya untuk dibicaraka­n.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum membenarka­n rayuan Khairuddin untuk kes itu dikembalik­an bagi dibicaraka­n di hadapan hakim Mahkamah Pilihan Raya yang baharu.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Pilihan Raya me-

Kami akan kemukakan alasan bertulis

” kemudian.

Tan Sri Richard Malanjum

Ketua Hakim Negara

nolak petisyen Khairuddin selepas membenarka­n bantahan awal oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Dalam keputusan sebulat suara semalam, Malanjum berkata mahkamah menerima dua alasan yang dikemukaka­n oleh peguam Khairuddin, Datuk Seri Gopal Ram.

Mahkamah bersetuju dengan Sri Ram bahawa petisyen difailkan dengan betul di Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur selain Khairuddin menyertaka­n maklumat mencukupi dalam petisyenny­a.

“Kami akan kemukakan alasan bertulis kemudian,” kata Malanjum yang menetap- kan Jumaat ini untuk sebutan kes.

Beliau turut memerintah­kan Ahmad membayar kos RM20,000.

Hakim lain yang turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah serta hakimhakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tengku Mat.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menolak petisyen Khairuddin atas alasan petisyen itu sepatut- nya difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka iaitu di mana pilihan raya diadakan bukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Khairuddin kalah kepada Ahmad dengan perbezaan 219 undi dalam pertanding­an tiga penjuru yang menyaksika­n Ahmad mempertaha­nkan kerusi itu selepas menerima 26,560 undi manakala Khairuddin memperoleh 26,341 undi sementara calon PAS Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.

Khairuddin memfailkan petisyen pilihan raya itu pada Jun tahun lepas menurut Seksyen 34(C) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau yang memohon perintah deklarasi keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Jasin batal dan tidak sah mendakwa ahli politik BN itu dipilih secara tidak sah dan pilihan raya baharu perlu didakan.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakil Ahmad manakala Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili pegawai pengurus pilihan raya Zamrud Yahya dan Suruhanjay­a Pilihan Raya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia