Utusan Borneo (Sarawak)

Segelintir pegawai polis tidak berintegri­ti

Mereka yang ‘lari daripada landasan’ antara punca kemasukan dadah ke negara ini

-

KOTA BHARU: Pihak polis tidak menyangkal wujudnya sesetengah pegawai yang tidak berintegri­ti atau yang ‘lari daripada landasan’ menjadi punca kepada kemasukan pelbagai jenis dadah ke negara ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata selain itu, tindakan segelintir penduduk khususnya di sempadan yang menjadi tali barut kepada penyeludup menyebabka­n masalah dadah di negeri ini sukar dihapuskan.

Beliau berkata walaupun ada pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan namun selagi wujudnya petualang seperti ini masalah dadah yang ada amat sukar dibanteras.

Jelasnya, kebanyakan kemasukan dadah ke sini melalui

Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun kebelakang­an ini kita membuat tangkapan seramai 81,000 penagih termasuk penagih berulang dan angka ini

besar.” dilihat cukup

Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) biasanya disembunyi­kan di dalam kontena besar dan amat sukar dikesan melainkan melalui maklumat, kamera litar tertutup (CCTV) dan alat-alat bantuan pengesan yang digunakan.

Namun, sekiranya wujud pegawai yang tidak berintegri­ti sudah pasti dadah yang dibawa akan terlepas jua ke negara ini seterusnya memusnahka­n generasi akan datang di sini.

Hasanuddin berkata amat penting soal integriti ditekankan khususnya kepada pegawai-pegawai yang bertugas di sempadan negara malah yakin sekiranya pegawai berkenaan penuh dengan integriti sudah pasti sebiji pil tidak akan terlepas ke sini.

Katanya, begitu juga soal keluar masuk sempadan negara yang mana ada individu melepasi pemeriksaa­n hanya dengan ‘ angkat lima jari’ dengan alasan mahu ke pekan negara jiran.

“Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun kebelakang­an ini kita membuat tangkapan seramai 81,000 penagih termasuk penagih berulang dan angka ini dilihat cukup besar.

“Tahun lepas sahaja seramai 17,000 penagih ditahan termasuk 110 daripadany­a adalah pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA). Sekiranya masalah ini berterusan mungkin akan menghancur­kan negara pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Karnival dan Forum Perdana Jihad Dadah di Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah PKB Kamaludin Daud, Ketua Penolong Pengarah ( Penguatkua­saan) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Mohd Fadzuli Md Zain serta Presiden Persatuan Perantaraa­n Pesakit Kelantan (SAHABAT) Tan Sri Mohd Zaman Khan.

Mengulas lanjut mengenai kes penagihan dadah, Hasanuddin merayu kepada semua pihak termasuk agensi penguat kuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak agar sentiasa bekerjasam­a supaya masalah ini dapat dibanteras seterusnya dihapuskan kerana ia adalah jihad. — Bernama

Datuk Hasanuddin Hassan Ketua Polis Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia