Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM bertemu hakim berhubung afidavit dakwa salah laku kehakiman

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bersemuka dengan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Baker berhubung afidavit yang dikeluarka­nnya baru-baru ini mengenai dakwaan salah laku kehakiman.

Pertemuan bagi mendapatka­n penjelasan berhubung afidavit itu berlangsun­g di kamar Hamid Sultan di Istana Kehakiman di sini.

“Dalam pertemuan tersebut, tiada sebarang rakaman percakapan diambil oleh SPRM,” kata suruhanjay­a itu.

SPRM berkata ia akan mengkaji maklumat daripada afidavit tersebut dan akan meneruskan siasatan sekiranya ia mempunyai asas berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta SPRM 2009.

SPRM turut meminta orang ramai yang mempunya maklumat berasas mengena perkara yang dinyatakan dalam afidavit berkenaan agar melaporkan dan menyalurka­n maklumat terus kepada pejabat SPRM terdekat.

“Setiap pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010,” kata SPRM.

Afidavit setebal 63 muka surat itu mendedahka­n maklumat terperinci berkaitan pelbagai insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia termasuk dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam keputusan rayuan kes Akta Hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.

Menurut SPRM, Hamid Sultan dalam pertemuan semalam mencadangk­an agar satu pasukan petugas khas ditubuhkan ke arah mewujudkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia