Utusan Borneo (Sarawak)

Polis bongkar makmal proses heroin, rampas dadah bernilai RM556,000

-

Polis Pulau Pinang berjaya membongkar makmal memproses heroin sebelum merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM556,000 dan menahan empat lelaki dalam tiga serbuan di sekitar negeri ini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh semalam berkata bertindak kepada maklumat yang diperoleh, JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang menjalanka­n serbuan bermula jam 9.20 pagi di sebuah rumah di Taman Sentral, Butterwort­h dekat sini.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan dua lelaki dan berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis heroin di rumah teres dua tingkat yang disewa sindiket berkenaan.

“Polis turut merampas 33.8 kilogram (kg) heroin, 44.8kg (kafein), 745 gram (heroin base) serta 550 gram serbuk dan cecair kimia serta pelbagai peralatan memproses dadah. Semua dadah yang dirampas itu bernilai RM556,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya susulan serbuan itu, polis menyerbu sebuah apartmen di Air Itam, di sini dan menahan seorang lagi lelaki yang merupakan dalang utama sindiket memproses serta mengedar dadah berkenaan.

Mohmad berkata polis kemudianny­a menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Seri Hijau di Jelutong, di sini dan menahan seorang lagi anggota sindiket berkenaan namun tiada sebarang dadah dirampas daripada dua lelaki berkenaan.

Katanya siasatan awal mendapati sindiket itu memproses heroin di rumah teres berkenaan sebelum menjualnya di sekitar Pulau Pinang dan negeri di utara sejak tahun lepas.

“Susulan penahanan empat orang lelaki berumur 33 hingga 49 tahun itu, polis turut menyita empat buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, Nissan Serena, Proton Saga dan Proton Wira Aeroback yang keseluruha­nnya bernilai RM392,000 serta wang tunai sebanyak RM8,200,” katanya.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 113,000 penagih dadah dan keempat-empat suspek yang tidak bekerja dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata JSJN di seluruh negara merampas pelbagai jenis dadah membabitka­n 896.85kg dan bernilai RM44.66 juta sejak Januari hingga 14 Februari lepas serta menahan 25,625 orang.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 23,967 orang adalah tempatan manakala 1,658 warga asing dan sepanjang tempoh sama kami menyita RM90.1 juta pelbagai harta pengedar dadah serta RM20.65 juta nilai harta yang dilucutkan haknya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohmad (tengah) dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasaga­ran (dua kiri) serta para pegawai menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses dadah bernilai RM556,000 yang dirampas dalam tiga serbuan di sekitar Butterwort­h, Ayer Itam dan Jelutong pada Sabtu lepas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohmad (tengah) dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasaga­ran (dua kiri) serta para pegawai menunjukka­n pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses dadah bernilai RM556,000 yang dirampas dalam tiga serbuan di sekitar Butterwort­h, Ayer Itam dan Jelutong pada Sabtu lepas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dekat George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mazlan (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dalam kegiatan judi dalam talian di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mazlan (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dalam kegiatan judi dalam talian di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia