Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga besi dan kimpalan putus urat siku akibat ditetak

-

Seorang peniaga bes dan kimpalan putus urat siku tangan kiri dan mengalami luka di bahagian dahi dalam kejadian tetak di Kampung Teluk Bayu Kuala Besut di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Row berkata dalam kejadian jam 7.30 petang itu mangsa Muhajiri Mat Yazid, 36, bersama seorang pembantuny­a berada d kedainya sebelum diserang dua orang lelaki yang tidak dikenal bersenjata­kan pedang.

“Suspek dikatakan masuk ke dalam kedai dengan memegang pedang dan berlari ke arah mangsa sebelum bertindak menetak mangsa dan seterusnya melarikan diri dengan menaik motosikal jenis Yahama warna merah.

“Semasa kejadian kedua-dua suspek dikatakan memaka topi keledar, menutup muka menggunaka­n topeng warna hitam, berpakaian warna gelap dan bersenjata­kan dua bilah pedang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Muhajiri kini menerima rawatan di Hospital Besut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut Mohd Zamri moti kejadian dipercayai akiba dendam dan polis masih menjalanka­n usaha mengesan dan mencari suspek.

Katanya kes disiasa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia