Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditahan subahat kemuka tuntutan palsu

-

Seorang pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejaba SPRM Cawangan Segamat dekat Segamat kelmarin untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai bersubaha mengemukak­an tuntutan palsu berjumlah RM7,200 kepada Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Tangkak berkaitan satu program Kursus Pengurusan Organisasi Efektif, yang mana kursus itu tidak dilaksanak­an.

Kedua- dua suspek yang berusia lingkungan 40-an ialah seorang pengurus syarikat dan seorang lagi Penolong Pegawai Tadbir yang bertugas d ILP Tangkak, telah ditahan semalam kira-kira jam 2.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nila suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan memaklumka­n kedua-dua suspek dibenarkan reman selama lima hari mula semalam oleh Mahkamah Sesyen Segamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia