Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kini dibuka

-

Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di- Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 Mac ini.

Dalam kenyataann­ya semalam, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) berkata biasiswa yang masing- masing enam untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah tersebut adalah bagi calon dalam bidang pengajian sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Pemohon boleh mengisi borang dalam talian menerusi http://esilav2.jpa.gov.my dan tarikh akhir bagi mengemukak­an permohonan ialah pada 15 Mac, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, biasiswa terbuka kepada warga Malaysia berusia tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian dengan keutamaan kepada mereka yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf di peringkat sarjana muda atau sarjana.

Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan atau menghasilk­an kerja-kerja kreatif dan inovatif serta telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian di universiti penyelidik­an tempatan atau universiti terkemuka di dunia, katanya.

“Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga,”demikian menurut kenyataan itu.

JPA berkata penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia sekurangku­rangnya lima tahun.

“Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari portal http://esilav2. jpa.gov.my atau menghubung­i talian 03-8885 3546/ 3053/ 3438 pada setiap hari bekerja mulai 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada ldp@jpa. gov.my. — Bernama

Gobind Singh Deo

Menteri Komunikasi dan Multidmedi­a

yang dihadapi di bandar di mana permintaan untuk kelajuan tinggi bagi jalur lebar adalah tinggi manakala untuk aksesnya kurang.

“Meskipun NFCP adalah pelan pertama gentian, ia teknologi agnostik. Ini bermakna kita terbuka kepada sebarang teknologi untuk menyelesai­kan masalah penyambung­an termasuk teknologi Terragraf.

“Kita hendaklah mencari penyelesai­an bagi masalah ini, bandar-bandar kita tidak mempunyai liputan gentian yang mencukupi dan jika boleh, kita perlu mengadakan jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi dalam tempoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia