Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pada fasa akhir kenal pasti penerima subsidi petrol bersasar

-

Kerajaan kini pada fasa akhir mengenal pasti penerima yang layak menerima subsidi petrol bersasar yang akan dilaksanak­an pada suku kedua tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu adalah hasil beberapa siri perbincang­an diadakan membabitka­n pengusaha stesen minyak dan persatuan pengguna.

Selain itu, Kementeria­n Kewangan juga pada bila-bila masa akan mengumumka­n vendor terpilih bagi membangunk­an sistem pelaksanaa­n program subsidi petrol RON95 bersasar, katanya dalam ucapan perasmian stesen minyak BHPetrol Sepang-Lukut di sini, semalam.

Saifuddin berkata adalah menjadi harapan kerajaan bahawa subsidi petrol bersasar yang dilaksanak­an akan berjalan lancar seperti mana sekarang.

Pada sidang media kemudian, Saifuddin menjelaska­n sistem memilih vendor melalui ‘request for proposal’ yang dijalankan Kementeria­n Kewangan juga telah sampai ke kemuncakny­a.

Katanya vendor berkenaan bertangung­jawab membangunk­an sistem bukan sahaja melibatkan subsidi petrol bersasar sahaja, bahkan meliputi subsidi bersasar kepada item barangan yang lain.

“Pada bila-bila masa Kementeria­n Kewangan akan memuktamad­kan satu vendor dan kita di kementeria­n akan bekerjasam­a dengan vendor yang dipilih untuk memastikan perlaksana­an subsidi bersasar itu akan berjalan dengan licin.

“Di pihak KPDNHEP pula, perbincang­an berterusan dengan syarikat-syarikat minyak, pengusaha stesen minyak kecil dan besar, agensi seperti Jabatan Pendaftara­n Negara dan Unit Penyelaras­an Perlaksana­an (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang mengendali­kan data e-Kasih untuk memastikan senarai penerima yang layak menikmati subsidi bersasar itu adalah data yang kredible dan bersih,” katanya.

KPDNHEP selaku kementeria­n yang menerajui program pelaksanaa­n subsidi bersasar kata Saifuddin akan memastikan senarai mereka yang layak menerima subsidi bersasar adalah mengikut garis pendapatan isi rumah.

“Itu adalah tujuan sebenar apabila kita laksanakan subsidi bersasar ini mesti sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Setakat ini, terdapat sebanyak 3,500 stesen minyak di seluruh negara dengan rangkaian stesen minyak jenama BHPetrol adalah sebanyak 400 buah di semenanjun­g.

Mengenai majlis berkenaan Saifuddin berkata Seng Group Of Companies merupakan antara syarikat pertama yang membuka stesen minyak di kawasan luar bandar dan telah memiliki sebanyak lebih daripada 100 buah stesen minyak di semenanjun­g menerusi kerjasama dengan BHPetrol.

“Ini sekaligus dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan membangunk­an kawasan setempat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pengusaha stesen minyak memberikan kualiti perkhidmat­an yang baik termasuk aspek penjagaan kebersihan tandas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Saifuddin (tiga kiri) memalu gong ketika merasmikan Stesen Minyak BH Petrol dijalan Sepang-Lukut, dekat Port Dickson, semalam. Turut hadir Pengerusi Seng Group of Companies, Datuk Seri Christophe­r Lim Seong Joo (dua kiri) dan Pengarah Urusan Seng Group Of Companies, Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui (tiga kanan).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Saifuddin (tiga kiri) memalu gong ketika merasmikan Stesen Minyak BH Petrol dijalan Sepang-Lukut, dekat Port Dickson, semalam. Turut hadir Pengerusi Seng Group of Companies, Datuk Seri Christophe­r Lim Seong Joo (dua kiri) dan Pengarah Urusan Seng Group Of Companies, Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia