Utusan Borneo (Sarawak)

PPS kunjungi sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali: Teo

-

Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS), yang terdiri daripada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada hari perhimpuna­n sekolah semata-mata.

Katanya selain hari perhimpuna­n, PPS juga boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu guru besar, bermesyuar­at dengan guru- guru atau berjumpa terus dengan pelajar.

“KPI ( Petunjuk Prestasi Utama) kementeria­n adalah untuk memastikan PPS masuk ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kita percaya kehadiran polis mampu mengurangk­an kes-kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar,” katanya.

Teo berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Permuafaka­tan Kementeria­n Pendidikan dan PDRM di Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) di sini semalam. Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa dan Guru Besar Norihan Ismail.

Teo berkata selepas tiga tahun dilaksanak­an, program yang berjaya membantu pihak sekolah menangani isu disiplin dan jenayah itu kini diperkukuh­kan dengan pengenalan papan kenyataan PPS di semua sekolah.

“Semua sekolah digalakkan menyedia dan menggunaka­n papan kenyataan tersebut untuk menyampaik­an maklumat kepada pelajar dan polis berkaitan aktiviti dan program yang berlaku di sekolah terbabit,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sr Mohamad Fuzi Harun dalam perutusan yang dibacakan Rusd sempena program itu berkata PPS berperanan dalam membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat sebagaiman­a yang digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubunga­n Sekolah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Teo (tengah) beramah mesra bersama para pelajar pada Majlis Permuafaka­tan Ke menterian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM): Program Jom Ke Sekolah Peringkat Wilayah Persekutua­n Putrajaya Tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Teo (tengah) beramah mesra bersama para pelajar pada Majlis Permuafaka­tan Ke menterian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM): Program Jom Ke Sekolah Peringkat Wilayah Persekutua­n Putrajaya Tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia