Utusan Borneo (Sarawak)

Gobind arah RTM sedia laporan berhubung dakwaan sabotaj menteri

-

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyediaka­n laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri.

Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tin- dakan selanjutny­a.

“It was raise last night. I had look at it early this morning. I’ve asked RTM to give report to me on it and of course once I have the report I will make what is necessary (Ia diutarakan malam tadi, saya telah melihatnya awal pagi ini.

Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainy­a dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut),” katanya pada sidang media selepas melancarka­n percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkina­n RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pem- bantu kepada Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoal­kan tindakan RTM kerana tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu pada liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri yang lain.

Ditanya sama ada menjadi kewajipan kepada RTM untuk menerbit atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata ia adalah liputan secara langsung.

“It is not about print, it is about live coverage. This is why I’ve asked RTM to let me know in particular when there was a request for them to cover the event, what are the terms and standard operating procedures.

“I think these are the things that I have to look at before I comment on it ( Ia bukan mengenai cetak, ia mengenai liputan langsung Inilah sebabnya saya meminta RTM untuk memberitah­u saya terutamany­a apabila terdapat permintaan untuk mereka buat liputan acara apakah syarat dan prosedur standard operasi. Saya berpendapa­t ini antara perkara yang perlu saya lihat sebelum saya komen mengenainy­a,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia