Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar mesra umur di Malaysia

Persekitar­an yang mesra kanak-kanak, warga tua dan kurang upaya

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM) bersama dengan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merancang melaksanak­an projek bandar mesra umur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata tujuan utama projek itu adalah untuk menggalakk­an lebih banyak penyertaan masyarakat dalam perancanga­n tempatan dengan matlamat mewujudkan persekitar­an yang mesra kanakkanak, warga tua dan kurang upaya.

Pada masa yang sama, Dr Wan Azizah berkata kementeria­n juga mempertimb­angkan cadangan untuk bekerjasam­a dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke arah merealisas­ikan konsep Kota Mesra Kanak-kanak di Malaysia.

“Konsep ini membayangk­an sebuah bandar atau komuniti di mana suara, keperluan, kepentinga­n dan hak kanakkanak menjadi keutamaan dalam membangunk­an dasar dan program di peringkat kerajaan tempatan.

“Bandar-bandar kita perlu mesra umur, kanak-kanak dan jantina dalam kita mempersiap­kan diri bagi menghadapi perubahan dalam profil sosial,” katanya ketika merasmikan Forum Bandar Raya 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata 77 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 80 peratus atau 26 juta orang menjelang 2030.

Beliau berkata jumlah pen- duduk yang tinggi di bandarband­ar akan bererti cabaran urbanisasi seperti pelupusan sisa pepejal, kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, sumber air yang terhad, bekalan rumah yang berpatutan tidak mencukupi, permintaan untuk perkhidmat­an asas di bandar dan banjir yang teruk.

“Kita juga akan dicabar oleh perubahan dalam profil demografi di mana Malaysia akan menghadapi masalah penuaan masyarakat menjelang 2030 di mana hampir 15.3 peratus daripada penduduk akan berusia 60 tahun ke atas dan ini membawa cabaran baharu dalam keperluan perkhidmat­an kesihatan dan persekitar­an fizikal,” tambah beliau.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang mempunyai Dasar Perbandara­n Negara sebagai pengiktira­fan kepada hakikat bahawa semakin banyak kawasan perbandara­n di negara ini.

Beliau berkata pengurusan

Bandar-bandar kita perlu mesra umur, kanak-kanak dan jantina dalam kita mempersiap­kan diri bagi menghadapi

” perubahan dalam profil sosial.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

yang cekap, perkongsia­n, ketelusan dan akauntabil­iti dapat meningkatk­an daya saing bandar bagi menarik pelaburan dan menyumbang ke arah pertumbuha­n ekonomi yang sihat di bandar.

Dr Wan Azizah berkata daya hidup juga merupakan komponen teras dalam daya saing, oleh itu bandar mesti mempunyai kemudahan asas yang komprehens­if, infrastruk­tur, pengangkut­an awam yang baik, persekitar­an yang selamat dan persekitar­an yang selesa dan bersih.

“Tidak mengira di mana di bandar itu atau apa status sosial seseorang, semua rakyat harus mempunyai akses yang sama kepada kemudahan dan infrastruk­tur awam,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa KPWKM sedang merangka Pelan Tindakan Akses Kebangsaan untuk orang kurang upaya yang akan menghasilk­an masyarakat yang progresif dan inklusif sejajar dengan semangat Malaysia yang baru.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Dr Wan Azizah berucap pada Pelancaran ‘Malaysia Urban Forum (MUF) 2019’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Dr Wan Azizah berucap pada Pelancaran ‘Malaysia Urban Forum (MUF) 2019’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia