Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita harus waspada ancaman penjenayah

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatk­an wanita agar sentiasa berwaspada dan tahu bagaimana untuk mempertaha­nkan diri sekiranya diancam penjenayah.

Beliau berkata wanita juga perlu mengelak daripada berjalan seorang diri di tempat awam terutamany­a ketika waktu sunyi iaitu pada awal pagi dan lewat malam.

“Kita ada ‘pepper spray’ (penyembur lada), walaupun saya fikir bukan mudah untuk mempertaha­nkan diri jika kita tidak ada apa-apa, tetapi kita perlu belajar sedikit sebanyak untuk mempertaha­nkan diri kita.

“Sebagai wanita, apabila kita berjalan bersendiri­an, kita perlu menjaga diri kita. Kita tidak sepatutnya berjalan seorang diri terutamany­a ketika tak ramai orang. Masa berisiko. Jadi kita kena jaga juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ‘Malaysia Urban Forum 2019’ di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kejadian samun melibatkan seorang wanita yang menaiki lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada Khamis lepas.

Kejadian pada kira-kira jam 6.45 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lif itu dan tular di media sosial.

Berdasarka­n rakaman ber- durasi 55 saat, mangsa ditumbuk serta ditendang beberapa kali oleh seorang lelaki yang dilaporkan warga tempatan yang turut melarikan barang milik mangsa.

Dr Wan Azizah berkata pengawasan yang lebih menyeluruh di stesen pengangkut­an awam juga perlu dibuat bag memastikan keselamata­n pengguna pengangkut­an awam lebih terjamin.

“Memang sepatutnya ada pengawasan sepanjang masa terutamany­a dengan CCTV, selain bilik kawalan.. sekurang-kurangnya ada tindakan segera (sekiranya berlaku kejadian tidak diingini),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia