Utusan Borneo (Sarawak)

Derma Kempen Hari Pahlawan: PVATM harap terus diberi mandat

-

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berharap tanggungja­wab melaksanak­an kutipan Kempen Hari Pahlawan terus dikelola pihak berkenaan demi menjamin kebajikan anggota tentera yang sudah bersara.

Presidenny­a, Datuk Sharuddin Omar berkata ia selari dengan ketetapan kerajaan yang melantik dan mengiktira­f PVATM sebagai penjaga kutipan berkenaan sejak 1950.

“Memang belum ada keputusan dimuktamad­kan, namun mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan ( MVK) yang julung kali diadakan 24 Dis tahun lepas memperliha­tkan kecenderun­gan ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Presiden PVATM yang turut dihadiri Yang Dipertua PVATM Kelantan, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani di sini, semalam.

Pada majlis sama, Sharuddin turut menyampaik­an sumbangan bantuan khas kepada 21 cawangan PVATM Kelantan selain menerima memorandum ketaatseti­aan anggota.

Beliau berkata PVATM melihat perancanga­n dan hasrat menyerahka­n mandat itu kepada pihak lain tidak menampakka­n sebarang kewajaran.

“Saya mohon supaya MVK menilai semula hasrat mereka dengan mengadakan perbincang­an terperinci dengan PVATM sebelum apa- apa arahan dikeluarka­n demi kebaikan semua anggota veteran,” katanya.

Sharuddin, bagaimanap­un berkata sehingga kini beliau masih meneruskan tanggungja­wab menyusun jawatankua­sa kerja kutipan Kempen Hari Pahlawan bagi tahun ini memandangk­an perkara tersebut belum dimuktamad­kan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia