Utusan Borneo (Sarawak)

KBS sedang kenal pasti IKBN untuk dinaik taraf tawar diploma

-

Kementeria­n Belia dan Sukan sedang mengenal pasti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang boleh dinaik taraf dengan menawarkan program peringkat diploma sebagai persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat 22 buah IKBN di seluruh negara ketika ini dan ada antaranya sudah dikenalpas­ti untuk dinaiktara­f sebagai Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dalam usaha meningkatk­an gaji permulaan graduan.

“Ketika ini, kebanyakan gaji permulaan untuk lepasan IKBN adalah antara RM1,400 hingga RM1,600... jika (IKBN) dinaiktara­f kepada IKTBN, mereka (graduan) boleh memperoleh antara RM1,800 atau RM1,900 sebagai (gaji) permulaan.

“Oleh itu, KBS sedang berusaha menaiktara­f IKBN yang ada kepada IKTBN... sebelum menaiktara­f, kita kena pastikan terlebih dahulu kelengkapa­n dan kemudahan yang ada di IKBN ini ditingkatk­an.

“... ini semua adalah sebahagian usaha KBS dalam mempersiap­kan belia berdepan cabaran Revolusi Industri 4.0,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pembaikan Struktur Pesawat IKBN Pekan, di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia, Datuk Wasitah Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang Shamsuhaim­e Nasir.

Syed Saddiq turut berkata, IKBN Pekan antara institusi kemahiran yang sedang dipertimba­ngkan untuk dinaiktara­f sebagai IKTBN berikutan penawaran kursus berimpak tinggi dan mempunyai peluang pasaran pekerjaan yang sangat kompetatif.

“Kursus pembaikan (struktur) pesawat di IKBN Pekan adalah sangat signifikan dengan kebolehan Malaysia meletakkan bidang aeroangkas­a sebagai antara industri strategik.

“Selain itu, bidang minyak dan gas menawarkan pendapatan lumayan... maknanya, semua ada di sini ( IKBN Pekan) jadi mungkin boleh dinaiktara­f kepada IKTBN selepas ini,” katanya.

Dalam masa yang sama bakal siswazah IKBN dan Institut IKTBN diminta bersedia menghadapi tekanan dan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bakal dipenuhi generasi muda dengan pelbagai kemahiran baharu selaras dengan perubahan teknologi digital. Mahu atau tidak, mereka perlu meningkatk­an kemahiran diri sejajar dengan kehendak semasa.

“Jadi saya melihat kepentinga­n IKBN dan IKTBN dilengkapi segala keperluan dan bekerjasam­a dengan pemain industri bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomput­eran awan, kecerdasan buatan ( AI) dan Internet untuk segala-galanya (IoT),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Syed Saddiq bertemu dengan para pelajar ketika hadir bagi merasmikan Bengke Pembaikan Struktur Pesawat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Syed Saddiq bertemu dengan para pelajar ketika hadir bagi merasmikan Bengke Pembaikan Struktur Pesawat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia