Utusan Borneo (Sarawak)

Kes petisyen batal keputusan SPR telah diadili sebaiknya

Dr Streram anggap hak dikembalik­an setelah dinafikan sebelum ini

-

SEREMBAN: Keputusan Mahkamah Persekutua­n semalam berhubung petisyen untuk membatalka­n keputusan Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), membuktika­n kes ini telah diadili dengan sebaiknya, kata Naib Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram.

Beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Rantau turut menganggap keputusan Mahkamah Persekutua­n semalam yang menolak rayuan timbalan presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Mohamad untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu itu juga, seolah-olah mengembali­kan haknya yang sebelum ini telah dinafikan.

“Keputusan ini memang sudah saya jangka, kita telah mendapat kehakiman yang sangat baik di Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban termasuk di Mahkamah Persekutua­n.

“Akhirnya terbuktila­h apa yang berlaku semasa hari pencalonan PRU14 yang mana saya tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan di Dewan Seri Rembau kerana gagal mempamerka­n pas calon, merupakan tindakan yang tidak sewajarnya berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum semalam menolak rayuan Mohamad untuk mengenepik­an keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytih­arkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau sebagai terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada PRK

Akhirnya terbuktila­h apa yang berlaku semasa hari pencalonan PRU14 yang mana saya tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan di Dewan Seri Rembau kerana gagal mempamerka­n pas calon, merupakan tindakan yang tidak

” sewajarnya berlaku.

Dr S. Streram

Naib Ketua Cabang PKR Rembau

bagi DUN Rantau untuk diadakan.

Dr Streram yang juga merupakan Pakar bius Pusat Perubatan Nilai itu berkata gerak kerja bagi menghadapi PRK DUN Rantau sudah lama dilaksanak­an dan ia akan terus diperhebat meskipun belum dipastikan siapakah calon yang akan dipertandi­ngkan pada kali ini.

Bagaimanap­un Dr Streram optimis bahawa dirinya akan dipilih oleh pihak kepimpinan tertinggi sebagai calon bagi PRK DUN Rantau ini nanti.

“Dari segi gerak kerja memang sudah kita atur dan ada yang sudah kita laksanakan, tetapi selepas ini memomentum­nya mungkin lebih agresif kerana kita mahu masyarakat melihat yang mampu memberikan perkhidmat­an yang baik untuk mereka.

“Antara fokus kita adalah dari segi perumahan, kesihatan termasuk peluang pekerjaan kepada golongan belia,” katanya.

Pada 28 April lepas, Dr. S. Streram yang merupakan calon Pakatan Harapan yang mewakili parti PKR tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandang­nya, Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal.

November lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal.

Berikutan itu, Mohamad memfailkan rayuan bagi membatalka­n keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytih­arkan keputusan kerusi DUN Rantau terbatal dan tidak sah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERITA BAIK: Dr Streram (tengah) kelihatan tersenyum selepas keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang mengisytih­arkan keputusan bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan pada PRU 14 yang disandang Mohamad sebagai tidak sah dan terbatal.
— Gambar Bernama BERITA BAIK: Dr Streram (tengah) kelihatan tersenyum selepas keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang mengisytih­arkan keputusan bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan pada PRU 14 yang disandang Mohamad sebagai tidak sah dan terbatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia