Utusan Borneo (Sarawak)

WARISAN dan BERSATU harus berunding: Anwar

-

Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu berunding susulan hasrat Bersatu untuk bertapak di Sabah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau berkata ini bagi mengelak ketegangan dan salah faham antara kedua-dua parti.

“Oleh kerana hubungan kita dengan WARISAN baik... saya fikir apapun keputusan, harus berunding dan ada kesefahama­n kerana ini adalah cara kita dalam parti (Pakatan Harapan).

“Walaupun BERSATU sudah membuat kenyataan tetapi sebaiknya dirundingk­an terus supaya tiada ketegangan antara parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Syarahan Darul Ehsan anjuran Universiti Selangor (Unisel) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU yang mengumumka­n keputusan parti untuk mengembang­kan sayap ke Sabah, Jumaat lepas.

Terdahulu dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu semalam, Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti pimpinanny­a tidak mampu menghalang BERSATU atau mana-mana parti untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

Ketua Menteri Sabah itu menegaskan, partinya akan terus mengekalka­n kerjasama dengan kerajaan PH dan berusaha memenuhi janji kepada rakyat demi kepentinga­n rakyat Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai surat perakuan PAS yang menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhiana­tan dalam pentadbira­n kerajaan PH, Anwar menegaskan beliau sendir tidak pasti sama ada ia benar atau sebaliknya.

“PAS pernah sebut boleh berbohong untuk parti sebelum ini, jadi kita tak tau ia (surat) benar atau bohong,” tambahnya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhiana­tan dalam pentadbira­n kerajaan PH.

Takiyuddin berkata sehubungan itu, PAS telah mengemukak­an surat perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku Pengerus BERSATU dalam pertemuan yang berlangsun­g di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur Jumaat lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH CEMERLANG: Zuraidah (tengah) menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Jasamu Dikenang KPKT di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama ANUGERAH CEMERLANG: Zuraidah (tengah) menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Jasamu Dikenang KPKT di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia