Utusan Borneo (Sarawak)

Serah notis kekosongan DUN Rantau Isnin ini: Timbalan Speaker

-

Dewan Undangan Negeri ( DUN) Negeri Sembilan dijangka akan menyerahka­n notis kekosongan kerusi DUN Rantau kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.

Timbalan Speaker M. Ravi berkata satu mesyuarat dalaman akan dijalankan dalam masa terdekat sebelum mengumumka­n kekosongan kerusi DUN Rantau yang juga akan dibuat Isnin ini.

“Saya telah bincang dengan Speaker bahawa kami akan umum dan serahkan notis kekosongan kerusi DUN Rantau Isnin ini, kami serah notis dan kemudian kami umum,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Stesen Minyak (BHP) Seng Group of Companies di sini, semalam.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum semalam menolak rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytih­arkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau sebagai terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada PRK bagi DUN Rantau untuk diadakan.

Pada 28 April lepas, Naib Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram yang merupakan calon Pakatan Harapan yang mewakili parti PKR tidak dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandang­nya, Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal.

November lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta-merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal.

Berikutan itu, Mohamad memfailkan rayuan bagi membatalka­n keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytih­arkan keputusan kerusi DUN Rantau terbatal dan tidak sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia