Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern bertandang ke Liverpool untuk perlawanan Liga Juara-Juara

-

TINGGI DI UDARA: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Real Madrid dan Girona yang berlangsun­g di Santiago

Bayern Munich bertandang ke Liverpool untuk perlawanan penting Liga Juara-Juara di Anfield dengan desakan peningkata­n prestasi dan membawa harapan Jerman untuk ke suku akhir kejohanban.

Sejak musim 2005/ 2006, sekurang-kurangnya sebuah kelab dari Jerman sentiasa ke suku akhir.

Rekod itu bagaimanap­un dalam ancaman jika Bayern mengalami kekalahan teruk pada perlawanan pertama pusingan kedua, sebelum perlawanan kedua pada 13 Mac.

“Anda tidak dapat melaku- kan kesilapan pada perlawanan ini tetapi saya fikir kami boleh memberikan masalah kepada Liverpool,” kata pemain tengah Bayern, James Rodriguez.

“Kami mempunyai pasukan yang cukup bagus untuk meneruskan kemaraan, jika semuanya berjalan lancar.”

Namun keyakinan dalam peluang Bayern di Anfield menurun Jumaat lepas apabila mereka bangkit dua kali sebelum menang 3-2 ke atas kelab tercorot, Augsburg, di mana Rodriguez dikeluarka­n pada minit ke-56 selepas aksi hambar.

Walaupun berada di atas zon penyingkir­an, Augsburg adalah pasukan terbaharu liga yang mendedahka­n kelemahan Bayern ketika berdepan serangan pantas.

“Semuanya harus diperbaiki, tetapi kami memikirkan tentang perlawanan Liverpool,” akui jurulatih Bayern Niko Kovac.

Selepas Borussia Dortmund tewas 0- 3 di Tottenham Hotspur minggu lepas dan Schalke berdepan Manchester City pada hari Rabu Bayern mewakili harapan terbaik Jerman ke suku akhir — AFP

 ??  ?? Bernabeu, Madrid.
Bernabeu, Madrid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia