Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1 tambat hati Mourinho

-

Jose Mourinho berkata beliau mungkin melihat dirinya menjadi jurulatih di Perancis ketika menghadiri perlawanan di antara Lille dan Montpellie­r – yang berkesudah­an seri tanpa jaringan – dan dilaporkan menyaksika­n Nicolas Pepe beraksi. Mourinho dipecat sebagai pengurus Manchester United pada bulan Disember, satu tindakan yang menyebabka­n United membayar 19.6 juta pound sebagai pampasan kontrak kepada Mourinho dan anggota kakitangan­nya. Sejak itu, beliau mengambil tugas penganalis­is bola sepak untuk penyiaran beIN Sports, dan dilihat duduk bersamasam­a penasihat sukan Lille, Luis Campas di Stade PierreMaur­oy Ahad lepas.

“Saya boleh bayangkan saya (menjadi jurulatih) di Perancis suatu hari nanti,” kata Mourinho. “Saya seorang yang sudah bekerja di empat negara berbeza dan seorang yang suka mengenali budaya lain.

“Saya suka belajar sepanjang masa, bekerja di liga berbeza adalah satu pengalaman hebat. Ketika ini saya tenang dan cuba menikmati kehidupan saya bersama keluarga dan rakanrakan. Saya juga berharap untuk mendapat peluang lain dalam bola sepak.”

Campas adalah rakan Mour- inho dan pernah bekerja sebagai pencari bakat ketika Mourinho menjadi jurulatih Real Madrid.

Satu sumber memberitah­u AFP di mana Mourinho hadir menonton perlawanan untuk melihat Pepe dan pemain tengah, Thiago Mendes.

Pepe, 23, adalah penjaring liga ketiga terbanyak di Perancis musim ini dengan 16 gol di belakang dua bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Neymar.

United menggantik­an Mourinho dengan bekas pemain Ole Gunnar Solskjaer pada pertengaha­n musim ketiga d Old Trafford dengan kelab berada di tangga keenam dan 19 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia