Utusan Borneo (Sarawak)

Monfils julang trofi Terbuka Rotterdam

-

Gael Monfils menewaskan rakan baiknya, Stanislas Wawrinka 6-3, 1-6 dan 6-2 untuk memenangi kejuaraan Terbuka Rotterdam, kejuaraan kelapan dalam kariernya Ahad lepas.

Monfils, naib juara di sini tiga tahun yang lepas, menangani kebangkita­n Wawrinka pada set kedua sebelum beraksi di set ketiga.

“Ia adalah minggu yang luar biasa bagi saya,” kata Monfils.

“Stan adalah sebahagian dari kemenangan ini. Kami banyak berbual dan berlatih bersama. Anda saudara saya,” kata beliau.

“Ini minggu yang baik untuk Stan dan juga saya. Saya berharap kami oleh bersaing lebih banyak lagi kejuaraan.”

Wawrinka, juara 2015 di sini dan meneruskan kepulangan selepas 18 bulan berehat kerana menjalani dua pembedahan di bahagian lutut, bermain di final pertama beliau sejak Terbuka Perancis pada Jun 2017.

“Ia adalah hebat untuk berada di final,” kata Wawrinka. “Saya gembira dengan cara saya bermain dan cara saya melangkah ke final.

“Saya bermain empat perlawanan yang bagus di sini, saya mengekalka­n rentak sepanjang minggu.”

Ia adalah final pertama dalam 11 tahun di sini yang memaparkan dua pemain bukan pilihan.

Monfils, 32, tidak menunjukka­n sebarang masalah di pergelanga­n tangan yang menjejaska­n permainann­ya sepanjang minggu dan memaksanya mengambil ubat penahan sakit.

“Saya bergelut dengan masalah pergelanga­n tangan sepanjang minggu,” katanya.

Pemain ranking ke-33 dunia itu menang dalam masa satu jam setengah untuk memenangi kejuaraan pertama sejak di Doha tahun lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? ‘ I S T I M E WA’ : Mbappe meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara St Etienne dan PSG di Stadium Geoffroy Guichard.
— Gambar AFP — Gambar AFP ‘ I S T I M E WA’ : Mbappe meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. SENGIT: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara St Etienne dan PSG di Stadium Geoffroy Guichard.
 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK MANIS: Monfils meraikan kejayaanny­a memenangi kejohanan Terbuka Rotterdam.
— Gambar Reuters DETIK MANIS: Monfils meraikan kejayaanny­a memenangi kejohanan Terbuka Rotterdam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia