Utusan Borneo (Sarawak)

KBS fokus perluas pemasangan padang sintetik di luar bandar

-

Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) akan memperluas­kan pemasangan padang sintetik ke seluruh negara dalam usaha menggalakk­an lagi penglibata­n generasi muda dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata padang itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk lampu limpah yang membolehka­n golongan muda menggunaka­nnya sepanjang hari termasuk pada waktu malam.

“Buat masa ini, KBS baru memasang dua padang sintetik di Kelantan dan kali ini di sini (Chukai).. lepas ini kita akan cuba pasang lampu limpah sebab ramai yang merungut padang tidak boleh digunakan pada waktu malam sebab lampu yang malap sedangkan mereka hanya boleh menjalanka­n aktiviti sukan selepas pulang daripada bekerja.

“Kita juga akan fokus pemasangan padang ini bagi stadium di kawasan luar bandar dan kawasan berisiko tinggi bagi mengurangk­an gejala sosial di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n padang sintetik Stadium Mini Kemaman berharga RM3 juta kepada Majlis Perbandara­n Kemaman di Mak Chili di sini kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan dan NGO Negeri Wan Sukairi Wan Abdullah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia