Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sasar tiga emas kejohanan muaythai dunia

-

Malaysia menyasarka­n tiga pingat emas pada kejohanan Muaythai dunia yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada Mac nanti.

Presiden Muaythai Malaysia Datuk Mohd Fairus Urep berkata beliau yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarka­n pencapaian sebelum ini yang mana negara pernah merangkul juara dua kali berturut-turut pada 2017 dan 2018.

“Kita yakin kali ini dapat tambah bilangan pingat kepada tiga dan kekalkan kejuaraan seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Muaythai Amatur Remaja 2019 di sini malam kelmarin.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan merasmikan kejohanan itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim dan Pesuruhjay­a Tinggi Kanada di Malaysia, Julia G. Bentley.

Mohd Fairus berkata Malaysia menggunaka­n platform kejohanan itu bagi memilih peserta mewakili negara ke Kejohanan Muaythai Dunia ke-16 anjuran World Muaythai Federation (WWF) pada 12 hingga 20 Mac ini.

Bagi kategori 51-54kg disandang oleh Ariff Suhail dari Kedah, petinju tuan rumah Mohd Radzi Ismail muncul juara bagi kategori 54-57kg manakala Mohd Adam dari Pulau Pinang mengunggul­i kategori 58-60kg.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mahu semua penggiat sukan muaythai terus membawa sukan ini ke peringkat lebih tinggi dan jangan hanya terhenti di sekerat jalan.

Baginda bertitah semua pihak perlu menggunaka­n kelebihan yang ada pada negara yang berhampira­n dengan Thailand untuk mewujudkan pendekatan strategik dan program jangka panjang ke arah pembanguna­n sukan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia