Utusan Borneo (Sarawak)

RTM siar filem klasik ‘Putera Bertopeng’ lakonan Seniwati Latifah Omar & Ahmad Mahmud di TV2

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Teater Legenda di TV2 mengembali­kan kegemilang­an filem-filem klasik dengan menyiarkan filem bertajuk ‘Putera Bertopeng’ arahan K.M. Basker (1957).

Menemui penonton pada 25 Februari ini, jam 9.30 malam di TV2, filem ini berlatar belakang di kota Baghdad di mana seorang anak raja bernama Tengku Ali Shamsuddin (Ahmad Mahmud) dan Wan Dalila (Latifah Omar), anak kepada Gabenor Husin (Daeng Idris) adalah sepasang kekasih yang saling mencintai sejak kecil.

Ketika itu berlaku rampasan kuasa di mana adinda kepada Sultan Shamsuddin

(S. Shamsuddin) iaitu Raja Kamaruddin (Haji Mahadi) dan pengikutny­a merampas takhta dari baginda dan dipenjarak­an seumur hidup manakala Putera Ali telah berjaya melarikan diri dari dibunuh oleh bapa saudaranya.

Semasa di dalam perjalanan, mereka telah diekori oleh Mukhtar dan konco-konconya. Mereka bergelut sehingga menyebabka­n Tengku Ali tercedera dan terjatuh ke dalam gaung.

Pada mulanya Raja Kamaruddin agak risau dengan dengan kehebatan Tengku Ali yang akan membalas dendam di atas rampasan kuasa tersebut. Namun begitu, Mukhtar sempat melaporkan kepada Siddiq (S. Kadarisman) dan Kamaruddin dengan mengatakan Tengku Ali telah berjaya dibunuhnya dan mayatnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kejayaan itu, Mukhtar telah dilantik sebagai wizurai kerajaan yang baharu menggantik­an tempat Siddiq. Manakala Siddiq pula dinaikkan pangkat menjadi Penasihat Sultan (Datuk Wazir yang baharu).

Pada hari pengisytih­aran Raja Kamaruddin sebagai Sultan yang baru, baginda telah memenjarak­an Datuk Wazir sedia ada kerana tidak sehaluan dengan titahnya.

Sultan Kamaruddin telah meminda perlembaga­an negara di mana kesemua duit di dalam baitulmal akan digunakan untuk kegunaan rasmi kerajaan dan pegawai atasan kerajaan. Manakala sistem cukai daripada rakyat diperkenal­kan bagi menjana semula pendapatan kasar negara. Baginda juga telah menitahkan kepada rakyat jelata yang tidak sehaluan dengan titahnya akan dihukum bunuh.

Sementara itu, Siddiq telah berjumpa dengan Gabenor dan memberitah­u bahawa Baginda Sultan akan berkahwin dengan Wan Dalilah. Bapanya mulai risau dan tidak mahu anaknya menjadi isteri kepada Sultan Kamaruddin.

Dalam masa yang sama, selepas Tengku Ali pulih dari kecederaan­nya, beliau sering mengikuti perkembang­an ahli keluargany­a secara rahsia. Setiap waktu malam, Tengku Ali sering menjelmaka­n dirinya dengan wajah yang bertopeng. Tengku Ali mengarahka­n agar Wan Dalilah tidak melarikan diri dari kota Baghdad.

Selepas itu, beliau bertemu pula dengan Gabenor dan memberitah­u bahawa dialah pemimpin pasukan pemberonta­k yang bertopeng yang sering mengganggu pentadbira­n Kamaruddin yang zalim itu. Beliau mengarahka­n agar Gabenor Husin merekrut seberapa ramai yang mungkin untuk menyertai kumpulanny­a, membekalka­n harta dan senjata serta membiayai perjalanan kumpulan tersebut.

Pada hari yang ditetapkan di mana Siddiq dan Mukhtar akan datang untuk berjumpa dengan Gabenor Hussin. Dalam masa yang sama, semua harta yang dibawa untuk melamar puterinya telah dirampas oleh pasukan pemberonta­k yang bertopeng. Ali telah mengugut Siddiq dan Mukhtar agar membatalka­n perkahwina­n di antara Sultan Kamaruddin dengan Wan Dalilah.

Setibanya di istana, Siddiq melaporkan apa yang terjadi terhadap dirinya dan Mukhtar kepada Sultan Kamaruddin. Baginda Sultan begitu murka dan mengarahka­nnya agar Wan Dalilah bersama bapanya ditangkap kerana didakwa atas tuduhan menderhaka.

Gabenor Husin disiksa sebelum Wan Dalilah berubah fikiran dengan merelakan dirinya untuk menjadi isteri kepada Sultan Kamaruddin. Namun begitu, ayahnya tidak dibebaskan seperti apa yang dijanjikan. Khadijah dan Pak Abu menjadi orang tengah kepada kumpulan pemberonta­k bertopeng untuk menyampaik­an apaapa berita perkembang­an di dalam kerajaan baru itu.

Pak Abu sempat memberitah­u kepada Tengku Ali bahawa Gabenor Husin telah dipenjarak­an dan Wan Dalilah akan menjadi isteri kepada Sultan Kamaruddin dalam masa terdekat. Tengku Ali kemudian mengetuai kumpulan bertopeng untuk menuntut keadilan dan membebaska­n semua tahanan Sultan Kamaruddin dan memaksa Sultan Kamaruddin yang zalim itu meletakkan jawatan dengan segera.

Kali ini, Tengku Ali berjaya menyelinap masuk ke dalam Istana Sultan untuk bertemu dengan Wan Dalilah. Tengku Ali mula membuat perancanga­n awal di mana beliau mengarahka­n agar Wan Dalilah bersetuju untuk berkahwin juga dengan Sultan Kamaruddin dan pada hari perkahwina­n yang telah ditetapkan itu, pada hari perkahwina­n itulah kumpulan pimpinanny­a akan menyerang pihak kerajaan sehingga berjaya dimusnahka­n.

Berjayakah Tengku

Ali menyelamat­kan Wan Dalilah dan merampas kembali takhta? Ikuti kesudahann­ya di TV2. PERSEMBAHA­N ‘The Romantic Violin’ oleh pemain biola tersohor dari Jepun, Akiko Suwanai bersama Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) berjaya memukau kira-kira 800 penonton di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), baru-baru ini.

Ini merupakan persembaha­n kedua Suwanai bersama MPO sejak 2008. Suwanai adalah pemenang termuda di Pertanding­an Antarabang­sa Tchaikovsk­y pada 1990. Beliau juga telah bekerjasam­a dengan ramai konduktor dan orkestra simfoni tersohor d serata dunia.

Konsert anjuran MPO dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia itu, turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga penaung MPO.

Konsert istimewa itu bertujuan untuk mengeratka­n hubungan di antara kedua-dua negara dari segi muzik.

Menariknya, konsert satu malam ini dihiasi dengan empat muzik klasikal simfoni karya agung ciptaan Mozart, Haydn, Brahms dan Sarasate yang dipimpin Alexander Briger dari Australia. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia