Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi lombong emas di Zimbabwe

Pekerja penyelamat temui 24 mayat, 8 terselamat, puluhan lagi dikhuatiri terperangk­ap

-

HARARE: Pekerja penyelamat Zimbabwe menemui 24 mayat dan lapan mangsa terselamat di dua lombong emas yang dinaiki air manakala puluhan lagi dikhuatiri terperangk­ap.

“Lapan pelombong yang terperangk­ap diselamatk­an, sementara 24 mayat dikeluarka­n dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan di Lombong Battlefiel­ds,” lapor Stesen Penyiaran Zimbabwe.

Dua lombong tinggal itu terletak berhampira­n bandar Kadoma, 145 kilometer barat daya Harare.

Mangsa yang terselamat dilaporkan dalam kedaan stabil.

Rakaman video yang dimuat naik dalam Twitter, seorang mangsa terselamat memberitah­u wartawan air berada pada paras leher dan mangsa yang terperangk­ap terpaksa berdiri selama beberapa hari sehingga air surut.

Pada Jumaat kerajaan mengatakan antara 60 dan 70 pelombong terperangk­ap dalam dua lombong terbabit.

“Kerajaan melancarka­n tabung bantuan bagi membantu usaha menyelamat yang menelan kos $200,000. Ia un- tuk digunakan bagi kerja-kerja mengepam air, serta menyediaka­n makanan dan minuman kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat,” kata Menteri Luar, July Moyo.

Zimbabwe kini dihimpit krisis ekonomi yang terburuk dalam tempoh sedekad.

Perlombong­an emas, kebanyakan­nya di lombong tinggal oleh syarikat besar semakin berleluasa di negara itu yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Pekerja penyelamat mengangkat beg berisi mayat seorang pelombong semasa operasi mencari dan menyelamat di lombong emas Cricket yang dinaiki air dekat Kadoma, Zimbabwe pada Ahad.
— Gambar AFP MALANG: Pekerja penyelamat mengangkat beg berisi mayat seorang pelombong semasa operasi mencari dan menyelamat di lombong emas Cricket yang dinaiki air dekat Kadoma, Zimbabwe pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia