Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pemburu haram ditahan di Taman Negara Afrika Selatan

-

Empat pemburu haram termasuk termasuk kakitangan taman negara ditahan pihak berkuasa Taman Negara Afrika Selatan (SANParks) pada Jumaat di Taman Negara Kruger (KNP).

Kesemua suspek ditahan dalam operasi yang diketuai anggota pasukan Renjer SANParks dengan kerjasama Unit Penyiasata­n Alam Sekitar (ECI) dan Perkhidmat­an Polis Afrika Selatan (SAPS).

Turut dirampas senapang, dua tanduk badak, peralatan memburu dan dua kenderaan.

Menurut SANParks, siasatan masih diteruskan dan mungkin ada tangkapan dilakukan lagi selepas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SANParks, Fundisile Mketeni menjelaska­n kejayaan itu hasil operasi yang bermula dengan mengesan kakitangan yang bersubahat bersama pihak luar memburu secara haram di KNP.

Dalam tempoh Januari dan Disember 2018, Pihak Berkuasa Pendakwa Kebangsaan (NPA) telah mengendali­kan sebanyak 82 kes, 78 daripadany­a berjaya disabitkan.

Sebanyak 78 kes itu melibatkan 135 tertuduh, kesemuanya disabitkan bersalah kerana melakukan pemburuan haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia