Utusan Borneo (Sarawak)

4 tentera India maut bertempur dengan militan Kashmir

-

Sekurangku­rangnya empat anggota tentera terbunuh pada Isnin dalam pertempura­n sengit dengan pemberonta­k di Kashmir yang ditadbir oleh India hanya empat hari selepas seorang pengebom bunuh diri membunuh 41 anggota separa tentera di wilayah yang bermasalah itu, kata pihak berkuasa.

Seorang anggota tentera dan seorang penduduk awam turut mengalami kecederaan kritikal dalam kejadian tembak- menembak ketika pasukan tentera melancarka­n satu operasi menggeleda­h di daerah Pulwama di mana pengeboman bunuh diri berlaku pada Khamis lepas.

“Empat anggota tentera telah terbunuh semasa kejadian tembak- menembak dan seorang lagi tercedera,” seorang pegawai kanan polis memberitah­u AFP dengan syarat namanya dirahsiaka­n.

Pegawai itu berkata anggota tentera telah melepaskan tembakan amaran dan pihak militan membalas balik, mencetuska­n pertempura­n bersenjata di daerah 40 kilo- meter di selatan bandar utama Srinagar.

Pegawai itu menambah bahawa pemberonta­k dipercayai telah melarikan diri.

Pasukan tentera kerajaan telah melancarka­n pemburuan besar-besaran bagi militan di beberapa bahagian wilayah bertelagah sejak pengeboman Khamis lepas yang dipersalah­kan oleh India terhadap Pakistan.

Sebuah van yang membawa bahan letupan telah merempuh sebuah konvoi membawa 2,500 anggota pasukan keselamata­n dalam serangan paling berdarah di Kashmir dalam tempoh 30 tahun.

Kashmir telah terbahagi antara India dan Pakistan sejak kemerdekaa­n dari Britain pada 1947.

Kedua- dua negara, yang telah berperang dalam dua peperangan bagi wilayah tersebut, menuntut seluruh bahagian di Kashmir.

Berpuluh ribu orang, kebanyakan­nya orang awam, telah terkorban di Kashmir sejak pemberonta­kan bersenjata meletus pada 1989. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEMPUR: Anggota tentera India mengusung pelancar roket berdekatan tapak pertempura­n sengit antara pasukan keselamata­n India dan militan di kampung Pinglan di daerah Pulwama di selatan Kashmir pada Isnin.
— Gambar Reuters TEMPUR: Anggota tentera India mengusung pelancar roket berdekatan tapak pertempura­n sengit antara pasukan keselamata­n India dan militan di kampung Pinglan di daerah Pulwama di selatan Kashmir pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia