Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan Tunisia bantah kematian pemuda ketika dalam tahanan polis

-

Polis Tunisia menembak gas pemedih mata untuk menyuraika­n penunjuk perasaan yang membantah susulan kematian seorang pemuda ketika dalam tahanan polis di sebuah balai dekat resort Hammamet, menurut sumber saksi.

Pemuda itu ditahan pada Jumaat selepas insiden pergaduhan antara kumpulan pemuda di bandar Barraket Essahel, 60 kilometer tenggara ibu negara Tunis.

Walaupun masih tidak dapat dipastikan punca kematian pemuda terbabit, penunjuk perasaan menyalahka­n pasukan keselamata­n.

Dalam satu kenyataan, Kementeria­n Dalam Negeri mengatakan pemuda itu dikatakan tidak sedar diri sebaik tiba d balai polis sebelum disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Seorang hakim telah mengarahka­n siasatan terperinc dijalankan.

Polis di Barraket Essahe tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n maklum balas.

Aktivis Tunisia menuduh pasukan keselamata­n tidak mengikut peraturan ditetapkan semasa menjalanka­n tugas sejak revolusi 2011 yang mengguling­kan rejim Presiden Zine El-Abidine Ben Ali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia