Utusan Borneo (Sarawak)

19 rakyat Palestin, 1 tentera Israel tercedera di utara Gaza

-

Seramai 19 rakyat Palestin dan seorang anggota tentera Israel tercedera pada Ahad semasa pertempura­n di utara Semenanjun­g Gaza, kata pihak tentera Israel dan sumber perubatan Palestin.

“Anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tercedera apabila satu bahan letupan dilontar semasa rusuhan Gaza ke atas pagar sempadan di Israel,” kata pihak tentera dalam Twitter.

Ia menambah bahawa kereta kebal Israel menyerang “dua pos tentera Hamas di Gaza sebagai respons terhadap bahan letupan itu.”

Di Gaza, kementeria­n kesihatan bagi pergerakan Islam Hamas yang menguruska­n enklaf mengesahka­n 19 rakyat Palestin tercedera akibat tembakan peluru hidup semasa pertempura­n itu.

Rakyat Palestin telah selama hampir setahun berkumpul sekurang-kurangnya setiap minggu di beberapa kawasan di sepanjang sempadan Gaza untuk bantahan yang selalunya bertukar menjadi ganas.

Mereka ingin kembali ke rumah yang ditinggalk­an oleh keluarga mereka semasa perang yang menyelubun­gi pembentuka­n Israel pada 1948, dan telah menyeru bagi satu penamat kepada sekatan ke atas Gaza di wilayah Yahudi.

Sekurang-kurangnya 250 rakyat Palestin telah terkorban akibat tembakan Israel di Gaza sejak 30 Mac, majoriti semasa bantahan sempadan, namun ada juga oleh bedilan kereta kebal dan serangan udara.

Dua anggota tentera Israel telah terkorban sepanjang tempoh yang sama.

Israel menegaskan bahawa tindakanny­a adalah perlu bagi mempertaha­nkan sempadan dan menghentik­an kemasukan beramai-ramai ke wilayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia