Utusan Borneo (Sarawak)

Tembok sejauh ‘ratusan batu’ akan dibina di sempadan Mexico sebelum pilihan raya 2020: Penasihat Trump

-

Seorang penasihat kepada Presiden Donald Trump, menjangkak­an tembok sempadan sejauh “ratusan batu” akan dibina di sempadan Mexico sebelum pilihan raya 2020.

“Anda akan saksikan sempadan sejauh ratusan batu dibina dua bulan sebelum pilihan raya pada September,” kata Stephen Miller kepada Fox News Sunday.

Trump sebelum ini dilaporkan akan menggunaka­n isu itu dalam kempen pilihan rayanya, walaupun menerima kritikan hebat pihak Demokrat selain daripada beberapa anggota Republikan terkenal.

Presiden pada Jumaat mengumumka­n akan mengguna- kan dana ketenteraa­n dan lain-lain dana sebagai langkah “kecemasan nasional”, selepas Kongres hanya meluluskan seperempat daripada keseluruha­n peruntukan sebanyak AS$5.7 bilion untuk pembinaan sempadan terbabit.

Peguam Negara California, Xavier Becerra berkata kepada ABC kerajaanny­a akan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap projek itu tidak lama lagi.

Beliau berkata terdapat peraturan yang membolehka­n California dan beberapa negeri mengambil tindakan, kerana projek itu boleh menjejaska­n peruntukan bagi ketenteraa­n, bantuan bencana dan lain-lain. Seorang wakil Republikan bekas gabenor Massachuse­tts William Weld berkata pilihan raya 2020 pastinya akan memberikan cabaran kepada presiden.

Katanya, rakyat Amerika mungkin tidak akan membenarka­n seorang presiden yang mahu memperjudi­kan nasib negara memerintah untuk tempoh enam tahun lagi.

Beliau berkata pengisytih­aran kecemasan nasional itu contoh bagaimana Trump cuba “menjadikan dirinya nampak sangat diperlukan,” katanya sambil menambah “Apa yang dilakukan dia (Trump) tidak boleh dibantah sama sekali.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia