Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Croatia disyaki bunuh adik perempuan dan bekukan mayat ditangkap: Pendakwa raya

-

Seorang wanita Croatia telah ditangkap kerana disyaki membunuh adik perempuann­ya pada 18 tahun lepas selepas satu mayat ditemui di dalam sebuah peti penyejuk beku di kediamanny­a, kata pendakwa raya pada Ahad.

Jasmina Dominic, 23, sedang menuntut di Zagreb apabila beliau hilang pada 2000, menurut laporan akhbar.

Polis mengesyaki mayat beku beliau telah ditemui selepas rumah kakak Dominic digeledah di perkampung­an utara Mala Subotica.

Seorang wanita berusia 45 tahun telah ditangkap pada lewat Sabtu lepas di Mala Subotica berhubung dengan siasatan, kata jurucakap polis wilayah Nenad Risak kepada AFP.

“Kami mengandaik­an mayat ditemui di dalam peti penyejuk beku adalah milik seorang wanita yang dilahirkan pada 1977 dan yang telah hilang serta dilaporkan pada 16 Ogos, 2005,” kata Risak.

Walaupun wanita itu hilang sejak 2000, keluarga Dominic hanya dimaklumka­n oleh polis mengenai kehilangan­nya lima tahun kemudian, lapor akhbar Vecernji List.

Polis mempercaya­i orang yang berada di dalam peti penyejuk beku telah dibunuh namun masih menunggu keputusan bedah siasat, tambah Risak.

Beliau menolak untuk memberi maklumat mengenai bagaimana mayat itu telah ditemui, namun pejabat pendakwa raya tempatan menyatakan wanita yang dibunuh adalah adik perempuan Dominic.

Dia telah disyaki “membunuh adik perempuann­ya pada 2000 atau 2001 dan menyembuny­ikan mayat d dalam peti penyejuk beku yang berada di koridor d tingkat bawah rumah itu,” kata satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia