Utusan Borneo (Sarawak)

SJPP lancar jaminan kerajaan RM2 bilion untuk bantu PKS

Meningkatk­an akses kepada pembiayaan untuk PKS bagi Industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) semalam melancarka­n skim jaminan khas kerajaan RM2 bilion untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasuki Industri 4.0.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata RM2 bilion itu adalah sebahagian daripada jaminan berjumlah RM6.5 bilion diperuntuk­kan dalam Bajet 2019 khusus untuk meningkatk­an akses kepada pembiayaan untuk PKS tempatan bagi Industri 4.0.

Beliau berkata tanpa PKS yang berpengeta­huan tentang teknologi Industri 4.0, Malaysia tidak akan dapat berkembang maju dan tidak akan menjadi destinasi pelaburan utama bagi pembuatan berteknolo­gi tinggi dan perkhidma- tan tambah nilai tinggi.

“Skim jaminan RM2 bilion disediakan oleh SJPP dengan mengambil kira PKS menyumbang 37 peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia tahun lepas. Sumbangan itu dijangka meningkat kepada 41 peratus pada 2020,” kata Lim dalam ucapannya pada pelancaran skim itu semalam.

Di bawah skim jaminan RM2 bilion itu, sehingga 70 peratus pinjaman dibuat oleh PKS akan dijamin oleh SJPP.

“Program ini bersama-sama dengan RM4.5 bilion lagi yang diumumkan dalam Bajet 2019 akan meningkatk­an akses PKS kepada pembiayaan kerana ia akan mengalakka­n bank-bank untuk mengambil risiko.

“Ini amat penting kerana kami mendapati bank-bank cuba mengelak risiko dan umumnya lebih gemar memberi pinjaman kepada syarikat besar serta mereka yang sebenarnya tidak memerlukan sebarang pembiayaan. Menerusi SJPP, kami berharap untuk mengubah ini dan membantu memacu sektor PKS,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2009, SJPP telah menawarkan jaminan berjumlah RM35 bilion dengan RM18 bilion daripadany­a telah digunakan dan memanfaatk­an 14,000 PKS di seluruh negara.

“Peruntukan di bawah jaminan itu merupakan kaedah murah untuk menggalakk­an pertumbuha­n PKS. Ini lebihlebih lagi apabila pinjaman tidak berbayar adalah 0.9 peratus meliputi semua skim SJPP,” kata Lim.

Beliau berkata ketika in sebanyak 13 bank sedang giat mempromosi­kan skim jaminan oleh SJPP.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, Lim juga berkata kemas kini berhubung Bon Samurai akan diumumkan bulan depan.

Sementara itu, pegawa prinsip SJPP Chen Yin Heng berkata skim jaminan kerajaan itu turut menyasarka­n segmen Bumiputera, berikutan 60 peratus perusahaan mikro datang daripada segmen itu.

“Apa yang kami mahu lakukan adalah, kini SJPP akan membuka radar untuk menawan perusahaan mikro ini supaya lebih banyak peniaga Bumiputera akan mendapat manfaat daripada skim jaminan kerajaan SJPP ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia