Utusan Borneo (Sarawak)

IPG diaktifkan bagi Januari 2019

-

Insentif Pengeluara­n Getah ( IPG) diaktifkan bagi bulan Januari 2019 dengan bayaran untuk cuplump atau getah sekerap, masing-masing 50 sen sekilogram di Semenanjun­g, 80 sen sekilogram di Sabah dan 70 sen sekilogram di Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia ( LGM) dalam kenyataan semalam, berkata IPG diaktifkan pada Januari berikutan harga purata peringkat ladang bagi cuplump bulan tersebut adalah RM2 sekilogram di Semenanjun­g, RM1.70 sekilogram (Sabah) dan RM1.80 sekilogram (Sarawak).

“Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarka­n kepada pengeluara­n Januari 2019 mulai 1 hingga 28 Februari, 2019,” kata LGM.

Disember lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari 2019, bagi mengelak pekebun getah terus terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia