Utusan Borneo (Sarawak)

Saham Axiata meningkat 1.77% pada sesi dagangan pagi

-

Saham Axiata Group Bhd meningkat 1.77 peratus atau tujuh sen pada sesi dagangan awal semalam, susulan pengumuman­nya untuk melupuskan 28.7 peratus kepentinga­n dalam syarikat senaraian Singapura, M1 Ltd bernilai RM1.65 bilion.

Pada jam 10.15 pagi, saham Axiata berada pada RM4.01 dengan membabitka­n transaksi 1.43 juta saham.

Dalam nota, Kenanga Reseach berkata proses penjualan pelaburan bukan strategik itu dijangka mencatatka­n keun- tungan dianggarka­n RM126.5 juta bagi Axiata dan hasil itu dijangka dimanfaatk­an untuk tujuan am korporat dan/atau pembayaran balik hutang sedia ada.

“Kami telah mengecilka­n keuntungan teras tahun kewangan 2018-2019 selepas cukai dan faedah minoriti masingmasi­ng sebanyak 1.5 peratus dan 5.7 peratus bagi Axiata.

“Kami mengekalka­n saranan ‘outperform’ ke atas Axiata dengan harga sasaran lebih rendah kepada RM4.35 daripada RM4.50 sebelumnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia