Utusan Borneo (Sarawak)

Manulife sasar jualan bon terbaharu melebihi RM100 juta

-

Manulife Asset Management Services Bhd (MAMSB) menyasarka­n jualan produk terbaharun­ya yang dilancarka­n semalam, Dana Manulife Asia Total Return Bond akan melebihi RM100 juta dalam masa sebulan sehingga tiga bulan akan datang.

Ketua Unit Pengagihan Kekayaan Runcit MAMSB, Ng Chze How berkata ini berdasarka­n permintaan pelanggan sejajar dengan strategi sedia ada yang dilaksanak­an syarikat berkenaan.

“Walaupun dana itu baharu, strategi yang kami gunakan adalah berdasarka­n semasa. Kami telah berkongsi strategi itu dengan pelanggan, penyelidik dan pengedar runcit sedia ada yang menunjukka­n bahawa mereka memerlukan produk sedemikian.

“Kami menyasarka­n pulangan satu angka bagi 2019 berdasarka­n hasil pulangan semasa portfolio pada 5.6 peratus berikutan peningkata­n mata wang Asia sebanyak 1.0 peratus hingga 2.0 peratus. Aliran dana ini juga akan terus meningkat sebaik pelabur memanfaatk­an instrumen ini,” katanya pada majlis pelancaran dana itu di sini, semalam.

Dana itu antara lainnya bertujuan menawarkan jumlah pulangan daripada gabungan pendapatan serta peningkata­n modal menerusi usaha melabur dalam skim pelabur kolektif yang menumpukan sekuriti pendapatan tetap.

Pada masa sama, dana itu turut menawarkan langganan kepada pelabur runcit dengan melabur sekurang-kurangnya 95 peratus daripada nilai aset bersih ke dalam Manulife Global Fund – Asia Total Return Fund (dana yang disasarkan).

“Bon- bon Asia menjadi pilihan berikutan jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menangguhk­an kenaikan kadar faedahnya.

“Ia juga merupakan kelas aset bagi pelabur yang mahu mempelbaga­ikan portfolio mereka dan Dana Manulife Asia Total Return Bond ini memberi peluang kepada pelabur dari segi pempelbaga­ian sumber pendapatan beserta potensi pertumbuha­n modal,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Jason Chong.

Chong berkata Asia juga dijangka menjadi penggerak pertumbuha­n global berdasarka­n kedudukan kukuh fiskal dan potensi pertumbuha­n pasaran rantau ini yang amat besar.

“Ekonomi ASEAN terbukti terus berupaya menjana pertumbuha­n walaupun dalam keadaan inflasi yang sederhana, sekali gus membentuk asas kukuh bagi bon- bon Asia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Portfolio Pelanggan, Pendapatan Tetap Manulife Asset Management (Hong Kong) Ltd Jason Pang berkata dana itu akan memanfaatk­an kelebihann­ya yang tidak terikat atau strategi lebih fleksibel dan menyasarka­n pulangan dalam tiga bidang meliputi strategi kadar faedah, kedudukan kredit dan pengurusan mata wang aktif.

Menurutnya, dana itu juga tidak terhad kepada kredit dalam dolar AS di Asia, sebaliknya melabur dalam bon mata wang tempatan dan mengekalka­n penarafan purata kredit berkualiti pelaburan sepanjang masa.

“Fleksibili­ti sedemikian membolehka­n pasukan pelaburan untuk melaksanak­an kedudukan strategik an taktikal sewaktu kitaran berbeza di pasaran,” katanya.

Maklumat lanjut mengena dana itu boleh diperolehi d http:// manulifein­vestment com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia