Utusan Borneo (Sarawak)

EcoWorld perkenal perkhidmat­an robot penginapan pertama di Malaysia

-

Eco World Developmen­t Group Bhd ( EcoWorld Malaysia) akan memperkena­lkan khidmat daftar masuk- keluar pelanggan serta pesanan makanan menerusi robot bagi pangsapuri berperkhid­matan, Eco Nest, sekali gus menjadi perkhidmat­an pertama seumpamany­a di Malaysia, pada suku ketiga 2019.

Ia susulan Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandanga­ni syarikat itu bersama Dun- Qian Intelligen­t Hotel Management Co. Ltd, Taiwan semalam untuk menerima pakai teknologi tersebut bagi urusan berkenaan.

Dun-Qian merupakan syarikat pertama yang memperkena­lkan sistem robotik untuk industri penginapan di Taiwan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld, Datuk Chang Kim Wah berkata sebanyak 50 unit kediaman dan lot runcit di Eco Nest, yang terletak di Taman Eco Botanic di sini, telah dipajakkan kepada Dun-Qian bagi tujuan itu.

“Bagi fasa pertama projek perintis ini, sebanyak dua atau tiga robot akan digunakan untuk urusan daftar masuk dan keluar.

“Pelanggan hanya perlu memberikan butiran tempahan unit kepada robot dan kemudian akan diiringi ke unit masing-masing. Selain itu, robot tersebut juga akan menghantar terus makanan yang dipesan pelanggan ke unit mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani MoU di sini.

Chang menyifatka­n kerjasama tersebut sebagai peluang terbaik kepada EcoWorld untuk menambah baik perkhidmat­an yang diberikan, malah merancang akan memperluas penggunaan robot bagi projek lain sekiranya mendapat sambutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dun-Qian, Sam Wu berkata, usaha ini adalah percubaan mereka untuk memasuki pasaran pelanconga­n Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Johor Liow Cai Tung yang turut hadir di majlis berkenaan menyatakan keyakinan bahawa penggunaan teknologi seperti ini akan mengubah wajah industri perhotelan negeri.

“Di seluruh dunia, robot dan kepintaran buatan bukan sahaja berjaya dilaksanak­an untuk urusan di belakang tabir malah mengambil peranan untuk menyambut tetamu, memberikan perkhidmat­an bilik dan lain-lain.

“Bagaimanap­un, penggunaan­nya bukan bertujuan untuk mengurangk­an tenaga kerja manusia sebaliknya menggantik­an kerja berulang supaya tenaga manusia dapat dimaksimum­kan bagi tugasan lain agar matlamat untuk memberikan perkhidmat­an hospitalit­i terbaik, dapat dicapai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia